the best arabic songs

Sunday 15 May 2011

:: HUKUM PENDAPATAN SEBAGAI PENYANYI DAN MODEL ::

Arini, saya dinner awal sikit..kol 4ptg..lepak ngan kawan kat kedai tomyam pok tek ..hehe.. sambil2 tunggu order sampai tengok la tv kt kdai tu..pastu tgk la model2 yang tgh memperagakan bagu yang sexy2 kt TV tu..model malaysia la..beragama Islam..n terlintas dalam kepala.. pendapatan yang diorang dapat ni halal ke tak kalau jadi model yang menunjukkan aurat tu..n..kalau haram duit tu wat makan kita..anak2 kita..mak bapak kita..nauzubillah.. 
pastu macam mana dengan penyanyi2 wanita yang kalau dalam Islam mengatakan suara wanita itu aurat..meh kita bace  pasal ni..yang saya ambik dr http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=49&t=10392

  • Adakah dibolehkan orang islam menjadi penyanyi?
    • Scara amnya terdapat dua pendapat mengenai hal ini. Aliran yg meringan dan mengharuskannya atau aliran yg keras dan mengharamkannya.
    • Maka untuk mendapatkan jawapan yg memuaskan hati dan melapangkan dada kita, maka kita hendaklah mendapatkan fuqaha' yg menggunakan metod tahqeeqan (penilaian semula) yg menggunakan kaedah Jama' watTawfeek (memuwafakatkan dan menemukan) dalil-dalil yg berbedza dan bertentangan. Tujuan utama kaedah ini ialah mengambil faedah dan pengajaran yg berguna dari isu yg diperselisihkan. Fuqaha' yg paling disegani hari ini dgn metod tarjih/tahqeeq ini ialah Prof Dr alImam Abdallah Yusof alQardhawi (Malameh alMujtama' alIslami) yg telah mengumpulkan semua dalil dan pendapat baik alQur'an, asSunnah, sahabat, tabi'ien dan fuqaha'. Inilah rumusan Dr Qardhawi:
    • Seni musik dan nyanyian menurut hukum asalnya ialah HARUS kerana ia adalah fitrah manusia yg sukakan keindahan dan hiburan. Keharusan seni musik dan suara bertukar menjadi makruh, atau haram jika berubah perkara-perkara berikut:
  1.  isi, senikata, lirik, dan motif yg tidak bertentangan dgn adab dan susila Islam
  2. Cara penyampaian, apakah ia menyuburkan syahwat dan ciri-ciri seksualiti dan yg diharamkan
  3. Suasana (iklim) semasa ia disampaikan
  4. Sederhana (tidak berlebihan dan melampaui) dalam menyintai seni muzik dan seni suar.
  5. Uruf pendengar adalah sebaik-baik hakim.
    • Pendapat Qardhawi ini sebenarnya juga pendapat fuqaha' yg lebih awal, antaranya Hujjatul Islam dan Imam alGhazali ra dalam kitab asSima' min Ihya': juga Fatawa Syaikhul alAzhar Mahmood Syaltut ( alFatawa Syaltut, cet 1960, Cairo) yg merumuskan:
  1. Seni musik dan seni suara adalah sama hukumnya dgn memenuhi keperluan pancaindera yg lain seperti makanan yg lazat dan pemandangan yg indah
  2. Islam menetapkan kesederhanaan dalam semua termasuk menghayati seni musik dan seni suara
  3. Fuqaha' terdahulu telah membenarkan seni musik dan seni suara bila ada tujuan yg sesuai dan menasabah dan menegahnya bila ada unsur luaran yg tidak Islamik
  4. Seni Musik dan suara semuanya tertakluk dibawah kelulusan Ilahi yg bersifat umum yg diisytiharkan dalam surah al_A'raf: 32.
Itulah gambaran umum musik dan seni suara secara umum.

Hukum menjadi penyanyi/artis adalah harus tapi seperti berjalan dipinggir gaung yg curam. Realiti hari ini artis disanjung dan dipuja. alQardhawi (malameh) berpendapat artis yg baik yg beriman boleh menjadi role-model dan perlu memanfa'atkan citarasa masyarakat yg menyukai seni untuk menyalurkan dakwah. Dunia penyiaran (broadcasting) yg menjadi sebahagian dari hidup manusia hari ini sebenarnya ketandusan artis yg berjiwa Islam yg mampu berkarya, ini kerana bidang penyiaran atau broadcasting dapat menyampaikan mesej kepada manusia dengan berkesan dan meluas bukan saja melalui seni musik, suara bahkan melalui pementasan, drama, dan filem cereka.

  • Adakah suara wanita itu aurat? 
    • Masalah ini merupakan khilaf ulama', tetapi jumhurul Ulama' lebih kepada menyatakan tidak aurat kerana ia selari dengan prinsip agama Islam sebagai adDin Yusr (agama yang mudah); ini kerana wanita sebagai makhluk sosial seperti lelaki perlu berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya, maka jika suara wanita itu aurat, maka sukarlah bagi wanita berkomunikasi. Auratnya suara wanita bergantung kepada kelembutan dan kemerduan suara wanita itu. 
    • Dalil ialah ayat 32 dalam surah al_Ahzab  :
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Hujjatul Islam alGhazali (Ihya', Jld 2, ms 248) berpendapat,'suara wanita bukanlah aurat kecuali bila ia menyanyi.' alQurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al_Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat)

  • Adakah dibolehkan seorang perempuan menjadi penyanyi? 
    • Harus wanita bernyanyi jika senikatanya baik, berunsur nasihat dan merangsang kepada kebaikan. Jika cara penyampaiannya baik, tiada pendedahan aurat, beradab, maka diharuskan. Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, masail Fiqhiyah. Juga Fatwa Dr Abdul Karim Zaydan (alMufassal, Jld 4) Harus wanita melibatkan diri dalam seni suara dan muzik jika tiada unsur fitnah yakni maksiat, dosa atau syubhat. Dalil-dalil dalam masalah ini tiada yg mencapai taraf hasan-sahih atau mutawatir.
  • Pendapatan seorang penyanyi. Adakah ia halal? 
    • Halal atau haram sesuatu pekerjaan bergantung kepada cara atau method pekerjaan itu. Sekiranya terdapat unsur haram di dalam pekerjaannya itu, maka haramlah pendapatanya. Memandangkan hukum menyanyi itu harus, maka pendapatannya adalah halal. Namun begitu, perlu diingat, keharusan hukum menyanyi ini bergantung kepada syarat2 yg telah diberikan. Ini bermakna hukumnya boleh berubah dari harus ke makruh begitu juga haram.
dan secara keseluruhannya saya nak menambah..jika menyanyi dengan berpakaian seksi dan menampakkan aurat perempuan itu maka ia turut menyebabkan hukum harus bertukar menjadi haram disebabkan tidak menepati syarat2 yang telah di berikan..

jadi camana plak dengan model2 yang mendedahkan aurat??

kalau nak jadi model boleh tapi model muslimah... tapi kena ikut syarat2 ini:

Syarat-syarat umum sesuatu fesyen ataupun busana itu menepati hukum syara’
1.    tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan
2.    tidak nipis
3.    tudung hendaklah melepasi paras dada
4.    tidak diperagakan dengan digaya-gayakan di hadapan ajnabi seperti catwalk dalam
       peragaan fesyen walaupun dikatakan ia menutup aurat
5.    tidak berhias dan bersolek seperti tabarruj jahiliyyah

means..kalau lah suara perlu kita jaga..apatah lagi bahagian tubuh badan yang lain..means kalau jadi model yang menampakkan susuk badan dan menampakkan kulit yang dan anggota badannya..pendapatan itu jadi haram la kan? sebab tidak memenuhi syarat2 dalam Islam..
meh kita fikir sejenak..
menurut pendapat saya dan kawan saya..begitula..perkerjaan itu halal tapi akan menjadi haram sekiranya tidak memenuhi syarat2 yang ditetapkan oleh Allah...
jadi..fikir-fikirkanla pendapatan yang kita dapat tu..kenapastikan ianya halal..kerana duit tu akan kita guna utk bagi makan minum diri kita, anak2 kita, family kita.. kalau duit tu tak halal macam2 perkara bleh jadi..antaranya, anak jadi tak dengar cakap, derhaka, liar..hmm..kita kena tengok balik sumber2 kita bagi makan minum kat diorg...adakah 100% halal?...betulkan saya jika saya tersilap kata..jom kita renung2kan...

No comments:

Post a Comment