the best arabic songs

Friday 27 January 2012

ADAB dan KESEMPURNAAN BERTUDUNG DALAM ISLAM

Bismillahirrahmannirahim.....
sebenarnya kali ni saya buat doodle khas untuk seseorang yang saya sayang,, kenal dan rapat. Alhamdulillah semoga dia terus istiqamah dengan niat nya yang ingin menuju jalan Allah.. Ini adalah sedikit dari apa yang lahir dari fikiran saya.. Sebenarnya banyak lagi pakaian muslimah yang bertudung dan menutup aurat yang salah.. dan di jadikan fesyen..Mereka TERTIPU dengan HELAH SYAITAN..
MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA itu WAJIB..
tapi ramai yang menjadikan pakaian hanya membalut tubuh..Bagi mereka sudah menutup aurat. Mari kita semak apa makna aurat:-

Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579). Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. (JENDELA HIKMAH)

memetik dari karangan dalam blog nya iaitu sahabat saya KakChik Niza.. syukran kak..ini adalah garis panduan nya:-

1)Menutupi had aurat yang telah ditetapkan - aurat wanita yang baligh ialah SELURUH BADAN kecuali muka dan tapak tangan. Rujuk firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 31 dan Surah al-Ahzab ayat 59.

2) Pakaian yang longgar - agar terlindung pandangan lelaki ajnabi dari melihat susuk tubuh wanita dan wanita terselamat dari fitnah.

3)Pakaian yang tidak jarang - ikut hukum syarak, mesti tebal dan tidak nampak kulit. Kalau nipis walau besar, meleret macamana pun tetap tidak cukup syarat.

4)Tidak serupa dengan pakaian lelaki atau wanita kafir - orang yang cerdik dan berpendidikan, sudah tentu tahu membezakannya. Heboh tentang tudung sekarang yang serupa tudung rahib. Jadi tunggu apa lagi, janganlah pakai yang itu kerana kita akan jadi sama dengan mereka.tudung yang di pin kan kat belakang yang nampak batang leher tu.. kalian pasti tahu kan.. tudung syria kalau da labuh tu ok..bagus tapi jangan di pin kan di bahagian tengkuk tu...mcm pakain RAHIB di gereja.

5)Tidak bertabarruj - Rujuk Surah al-Ahzab ayat 33. Tabarruj ni ringkas kata ialah berhias, bercantik- cantik untuk pandangan umum. Muka dipakaikan meka-up, pakaian juga dihiaskan dengan glamor sekali seperti artis, maka ianya tabarruj.

Begitu juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).

Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.

Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.

Pesanan dari saya:- Jika pakaian di atas di pakai di depan suami tak jadi masalah dan dosa.. Malah mendapat pahala.. sebab HAK SUAMI sahaja yang boleh lihat kecantikan isterinya.. kan..

Tak rasa bahagia ke... bila suami cakap "Sayang untuk abang sahaja.. cantik sayang.. abang je yang boleh tengok tau.."

No comments:

Post a Comment