the best arabic songs

Thursday 16 January 2014

Kisah Anak Keladi Yang Mencari Hidayah Allah ~


Siapa kata aku tidak merindui Jordan ? Siapa kata ? Bila dah balik masia , aku akan lupa Jordan . Tak ! Benda tu salah sebenarnya . Emmm ~ Aku sangat merindui suasana Jordan , aku rindu nak berjalan sorang2 dalam ketakutan ke kuliah , aku rindu nak tengok gelagat pak arab & minah arab . Comel sangat ! kadang2 marah pon ada . Tapi dari situlah pengalam aku . Mula2 memang rasa susah duduk & hidup kat situ . Sebab apa ? sebab rasa jauh dengan family ni buat aku tak terurus nanti . Sebenarnya ya memang betul tu . Tapi disebabkan siituasi tu lah yang buat aku lebih matang dan berfikiran jauh . Banyak benda yang aku dapat dari sana . Tapi semua tu jadi kenangan ~ Mudah2an segala cita2 aku tercapai dan dianggkat Allah Subhanallahu Ta3ala .

Perasaan rindu aku ni ! Allah je yang tahu ~ . Siapa tak rindu tempat belajar sendiri kan ~ :')
Ape2 pon aku tetap dengan nekad aku untuk terus kan perjalanan hidup aku yang lebih terbaik ! 

All the best for my self ! 

1001 macam kenangan yang tersemat dalam ingatan ku . Di sana aku banyak belajar erti kesabaran , kesungguhan , pengorbanan , keikhlasan , dan macam2 lagi . Alhamdulillah 3ala kulli hal wa ni3mah . 
insyaAllah kullu 3ilm yamtali3 bil barakah . barakallahu lakum . 

Walaupun tak lama aku disana (Jordan) tapi aku bersyukur atas segalanya . Walaupun singkat masa yang diambil untuk pelajari Bahasa Arab . Dan kalau nak di ikutkan , tak cukup sepenuhnya untuk betul2 menguasai Bahasa Arab . Tapi dengan usaha aku dan niat benar untuk mencari ilmu . Alhamdulillah , boleh la jugak cakap Arab . Kalau setakat usha2 Pak Arab tu boleh la . HEHEHE ~ Gurau la . Maksudnya : Banyak benda la aku dapat belajar ~ . 

Nak cakap la . Saya sangat respect budak belajar luar . Budak belajar Luar dengan belajar Negara sendiri ni sebenarnya banyak perbezaan dan segalanya . Dengan usaha mereka untuk menguasai bahasa lagi , dengan orang keliling mereka , dengan pengurusan dengan orang atasan , dengan usaha dan pengorbanan lagi . MashaAllah ~ Allah je yang tahu . Mudah2an mudahlah urusan mereka yang menuntut ilmu .

Budak2 sana , tak de dalam kamus hidup die orang "Tolong orang nanti aku pulak yang penat ," . Semua ni tak da ! Yang ada " Aku kena tolong mereka yang tak tahu dan susah ni , " Bagi mereka benda ni paling terbaik untuk semua orang . Moga Allah sentiasa memberi keberkatan pada orang yang sentiasa ikhlas dalam membuat kebajikan ! Allahumma Aameen ! 


Ni nak cerita pasal diri saya pula . Tahun lepas aku bercinta 2 kali dalam setahun . HIHIHI . Ini semua permainan dunia . Aku bersyukur pada Allah kerana memberi kan kesedaran sewaktu aku masih muda . Dalam usia yang muda ni la aku kena usaha untuk dekat pada Nya agar aku jauh dari larangan Nya . Moga Allah sentiasa menjaga aku dari perkara2 yang boleh membawa  kepada Dosa kecil apatah lagi dosa besar . Begitu juga pada anak2 muda diluar sana . Moga Allah sentiasa memberikan hidayah kepada kamu2 yang sedang mencari keredhaan dan kerahmatan Nya . Allahumma Aameen ! 

Masuk 2014 ni . Aku berazam , Nekad , Niat dan sebagainya . Agar tahun ni aku dapat jadi yang lebih baik dan buang sifat Mazmumah yang ada dalam diri ni . Moga Allah sentiasa memudahkan segala niat dan nekad ni . 

Pada kawan2 diluar sana ! tegur lah aku jika aku salah ! Nasihatlah aku seandainya aku salah . Janganlah aku menghina diri ku ni seandainya salah dan tersasar pada jalan yang benar . Ingatkanlah aku jika aku lupa . Dan paling penting sekali , Doakan aku agar aku sentiasa dalam peliharaan-Nya .

Alhamdulillah , selama aku pendam segala perasaan selama ni . Akhirnya aku dah pon luahkan segala rasa macam yang beku dalam hati ni . Aku jujur pada mak dan ayah , aku nak kawin muda . Hihihihi . Bukan aku nak mengatal kawin , Tapi ketahuilah , Orang yang ingin berubah pasti nak ade orang yang sentiasa membimbing dirinya dan jauh dari maksiat . Betul tak ? pernah tak korang terfikir pasal kahwin ? Penah tak korang ade terfikir nak perlindung korang ? ke tak da ? ke aku sorang je ? Hihihi . Tak kisahlah , atas diri masing2 . Asalkan aku dah jujur pada mak ayah . Aku sendiri dah janji kat mak & ayah , lepas ni aku akan fokus pada belajar dan cita2 aku dan juga cita2 kedua ibu bapa aku . Aku sendiri cakap kat Wali (ayah) lepas aku habis belajar or masih tengah belajar ke ape ? Biar ayah & mak cari pasangan aku . Lepas ni aku akan teruskan tanggujawab aku sebagai seorang Hamba , Anak dan pelajar . Hanya belajar dan mendalami Ilmu yang Allah jadikan untuk manusia menggunakan akal mereka . Mudah2an diusia muda ni tak buat aku berangan2 dengan anggan2 kosong . 

Aku baru je Deactive Facebook sebabnya aku tak nak diri aku leka dengan benda sia2 . Cukuplah selama ni aku banyak leka dan masa aku tu jadi sia2 je . 

Ya Allah , mudah2an mudah aku untuk memahmi dan mendalami ilmu mu . Rajinkanlah diri ku untuk menuntut ilmu dan beribadah kepada mu . Andai masanya belum tiba , Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta . Aku memohon agar engkau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan .Jauhkanlah aku dari kemaksiatan , jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat dan jauhilah aku dari perkara yang Engkau murkai agar aku dapat menjaga diri .

Berikanlah cinta Mu dan Rasul Mu lebih kepada ku . Sekian ~