the best arabic songs

Friday 27 January 2012

FADHILAT SURAH AL MULK ...(sebelum tidur)

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w, baginda
bersabda: Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang
mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat
kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah
surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk.
(Riwayat Imam Ahmad)
SURAH AL-MULK

Maksudnya:
Daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah
s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa
menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalah
kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk
sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w
seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah
di atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tibatiba
(terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-
Mulk iaitu: Tabarak sehingga dikhatamkannya. Lalu Rasulullah
s.a.w bersabda: Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah
penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur.
(Riwayat al-Tirmidzi)

Maksudnya:
Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w tidak tidur
FADILAT SURAH
melainkan setelah baginda membaca alif lam mim tanzil (surah
al-Sajdah) dan surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk (surah al-Mulk).
(Riwayat al-Tirmidzi)

Al-Laith melaporkan daripada Tawus yang
mengatakan bahawa kedua-dua surah ini melebihi
surah-surah lain dalam al-Quran dengan tujuh puluh
kebajikan.

Al-Tabarani meriwayatkan sebuah hadith bersumber
daripada Ibn Abbas, katanya:
Maksudnya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka jika ia berada dalam hati
setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi
biyadihi al-mulk.
(Riwayat al-Tabarani)

Hadith di atas turut diriwayatkan oleh Abd bin
Humaid dalam Musnadnya dengan lebih panjang lebar
iaitu:
SURAH AL-MULK
Maksudnya:
Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki:
Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan
menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya:
Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan ajarkanlah
kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak
di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini
adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi
pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah
ini) akan meminta kepada Allah supaya mneyelamatkan
pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya
daripada azab kubur. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah
ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.

HURAIAN AYAT
PENEGASAN TENTANG KEKUASAAN
ALLAH YANG MUTLAK
(67: 1) Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan)
Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat);
dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
Perkataan tabaraka pada permulaan ayat surah ini
membawa maksud Maha Agung dan Maha tinggi. Iaitu
keagungan dan kebesaran Allah yang mana segala
pemerintahan sama ada di langit atau di bumi berada
di bawah kekuasaan-Nya. Kekuasaan Allah meliputi
pemerintahan alam dunia dan alam akhirat.
(Dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu).
Melalui ayat ini Allah memberitahu bahawa apa sahaja
yang Dia mahu maka Dia berupaya untuk
melakukannya. Tidak ada yang dapat menghalang apa
SURAH AL-MULK
20
yang Allah kehendaki, dan tiada sesuatu pun dapat
melemahkan segala kehendak Allah daripada berjalan
mengikut kemahuan dan iradat-Nya.
BUKTI DAN TANDA KEKUASAAN
ALLAH
(67: 2) Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan
hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu:
siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia
Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.
Kemudian Allah menerangkan tentang tanda-tanda
yang menunjukkan tentang kekuasaan-Nya. Dalam
hal ini Allah memiliki kekuasaan dan iradat mutlak
untuk mematikan siapa sahaja yang Dia kehendaki dari
kalangan makhluk yang bernyawa atau tidak
bernyawa. Dia berkuasa menghidupkan sesiapa jua
tidak kira manusia, jin, malaikat, tumbuh-tumbuhan
dan selainnya. Dia memberikan kehidupan kepada
mereka sampai kepada tempoh yang tertentu. Dari
kalangan berbagai makhluk yang diciptakan-Nya,
maka Allah menciptakan manusia dengan diberikan
ciri hidup dan mati.
Berdasarkan ayat ini setengah pihak menjadikannya
TERJEMAHAN & HURAIAN
21
sebagai dalil bahawa yang dikatakan kematian itu ialah
satu perkara yang dikenali sebagai perkara yang wujud
kerana kematian juga termasuk dalam ciptaan Allah.
Ayat ini bererti Allah mewujudkan semua makhluk
daripada tiada kepada ada dengan tujuan untuk
menguji siapakah di kalangan mereka yang paling baik
amalannya. Dalam ayat yang lain Allah menyebutkan:
Maksudnya:
(Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal
kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia
menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian
Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu
dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang
kamu kerjakan).-
(Surah al-Baqarah ayat 28)
Ayat ini menyebutkan tentang keadaan yang dilalui
oleh manusia iaitu daripada tiada kemudian diadakan
(diciptakan). Keadaan yang pertama disebutkan oleh
Allah dengan perkataan mati, sementara pewujudan
manusia daripada tiada dinamakan dengan perkataan
hidup. Para ulama mengatakan: Yang dimaksudkan
dengan kematian bukanlah kebinasaan secara total
daripada hidup. Akan tetapi ia bermaksud peralihan
dari satu tempat ke satu tempat. Berdasarkan ini telah
sabit dalam sebuah hadith bahawa mayat dapat
SURAH AL-MULK
22
mendengar dan merasai dengan derianya semasa
berada di dalam kubur sebagaimana yang disabdakan
oleh Rasulullah s.a.w:
Maksudnya:
Sesungguhnya seorang hamba apabila diletakkan di dalam
kuburnya dan tatkala para temannya beredar maka dia
mendengar bunyi hentakan kasut mereka.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadith yang lain baginda s.a.w bersabda:
Maksudnya:
Demi diriku yang berada dalam kekuasaan-Nya, bukanlah
kamu yang lebih kuat pendengarannya berbanding mereka
(mayat), akan tetapi mereka cuma tidak dapat menjawabnya
sahaja.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dengan ini ternyatalah bahawa yang dikatakan
kematian itu ialah terputusnya hubungan roh dengan
badan sahaja sedangkan akal dan deria masih tetap
berfungsi.
(Untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah
di antara kamu yang lebih baik amalnya). Tujuannya ialah
untuk menguji mereka supaya terbukti dengan cara
musyahadah (dengan dapat dilihat sendiri oleh
makhluk), walaupun Allah Maha Mengetahui tentang
makhluk-Nya dari sudut kebaikan dan keburukan yang
mereka lakukan tanpa melakukan proses pengujian
terlebih dahulu. Ini bererti proses pengujian yang
dilakukan adalah untuk menjadi bukti di kalangan
sesama makhluk biar mereka sendiri yang menilai
apakah mereka benar-benar telah melaksanakan
perintah pengabdian sebagai makhluk sebagaimana
yang mereka ikrarkan di hadapan Allah ketika berada
di alam roh sebagaimana yang difirmankan-Nya dalam
ayat yang lain:
Maksudnya:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan
zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang
mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri,
(sambil Ia bertanya dengan firmanNya): .Bukankah Aku tuhan
kamu?. Mereka semua menjawab: .Benar (Engkaulah Tuhan
SURAH AL-MULK
24
kami), kami menjadi saksi.. Yang demikian supaya kamu tidak
berkata pada hari kiamat kelak: .Sesungguhnya kami adalah lalai
(tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini..
(Al-A.raaf 7: 172)
(Dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.) Al-Aziz
dan al-Ghafur termasuk dalam nama-nama Allah yang
Maha Indah sekaligus menunjukkan kepada sifat Allah
SWT. Maksud al-Aziz dalam konteks ini ialah Tuhan
yang Maha perkasa dan pastinya berupaya untuk
memberikan pembalasan terhadap mereka yang
menderhakai-Nya. Al-Ghafur ialah Tuhan Yang Maha
Pengampun dan bersedia untuk mengampunkan apa
sahaja dosa yang dilakukan oleh makhluk-Nya asalkan
mereka mahu kembali dan bertaubat kepada-Nya.

No comments:

Post a Comment