the best arabic songs

Wednesday 18 May 2011

hukum memandang wanita

  • Sunat sebelum meminag seorang itu memandang perempuan yang hendak dijadikan isteri walau pun ketiadaan izinnya, kerana memada dengan izin syarak serta beberapa syarat
                                i.            diharapkan terima pinangannya.
                              ii.             lihat pada muka dan dua tangannya sahaja.
                            iii.             Semasa melihat ada serta perempuan walinya.
  • Harus mengulang lihat perempuan yang hendak dipinang atau yang telah menjadi tunang.
  • Haram lelaki baligh melihat perempuan ajanabi (bukan mahram) yang merdeka yang telah besar yakni yang telah sampai had sahwat samaada takut fitnah atau tiada.
  • Tidak haram melihat perempuan pada cermin jika tidak takut fitnah
  • Tidak haram mendengar suara jika tidak takut fitnah tetapi makruh.
  • Tiap-tiap yang haram lihat ketika berhubung haram lihat ketika bercerai seperti kuku perempuan, rambut perempuan, bulu ari-ari lelaki dan perempuan dan lain
  • Tiap-tiap haram melihat haram menyentuh samaada berhubung atau bercerai, kerana menyentuh terlebih bersangatan membawa kepada keinginan  daripada melihat.
  • harus memandang kepada kanak-kanak perempuan yang belum sampai had sahwat melainkan farajnya.
  • Memandang perempuan kepada lelaki ajanabi (mahram) sama hukumnya memandang lelaki kepada perempuan ajanabi.
Tujuh keadan lelaki memandang perempuan
  • Haram bagi lelaki memandang perempuan yang bukan mahramnya.
  • Harus bagi lelaki memandang isteri atau hambanya yang tidak berkahwin pada seluruh angota melainkan farajnya, adapun memandang faraj keduanya makruh.
  • Harus bagi lelaki memandang mahram atau hambanya yang telah berkahwin pada sekelian tubuh melainkan antara pusat dan lutut.
  • Harus bagi lelaki memandang bukan mahram kerana hendak dijadikan isteri pada muka dan dua tapak tangan.
  • Melihat kerana mengubati harus memandang pada tempat yang hendak diubati sahaja.
  • Harus memandang muka sahaja kerana penyaksian dan muamalat seperti jual beli.
  • Harus memandang seluruh tubuh hamba melainkan antara pusat dan lutut ketika hendak membelinya.

No comments:

Post a Comment