the best arabic songs

Saturday 10 December 2011

TANDA2 KIAMAT KECIL SUDAH PUN BERLAKU


Dalam satu hadis dari Anas r.a, bahawa Rasullullah s.a.w bersabda:
"Bahawasanya setengah dari tanda-tanda hari kiamat ialah; ilmu diangkat; nampaknya kebodohan; perzinaan tersebar luas; khamar (arak-minuman keras) diminum dengan tanpa segan silunya; kaum wanita lebih banyak dari kaum lelaki." - hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Daripada hadis di atas ianya membawa pengertian bahawa di antara tanda-tanda kecil akan datangnya atau terjadinya kiamat adalah kebanyakkannya sudah pun terjadi, juga bersama dengan tanda-tanda lain seperti di bawah ini:
1. Banyak dan kerapnya berlaku gempa bumi di mana-mana.
2. Orang kebanyakan (dalam hadis: pengembala kambing) tiba tiba menjadi pemimpin manusia dan bermegah megah dengan kemewahannya.
3. Ilmu agama sudah tidak dipelajari, tidak lagi difahami dan di anggap tidak penting.
4. Bila dua kumpulan besar yang saling berbunuhan, masing2 menatakan merekalah penegak agama Islam.
5. Banyak cerdik pandai agama, alil ulama yang meninggal dunia.
6. Masa yang terlalu singkat sehinggakan tak sedar yang sesuatu perkara tu telah berlalu.
7. Manusia suka memfitnah, memburuk burukkan umat Islam yang lain.
8. Ramainya umat Muhammad yang pandai atau ahli membaca Al-Quran tapi fasik seperti meninggalkan solat yg dianggap mudah dan remeh.
9. Ayat suci Al-Quran dijual belikan. Maksudnya jika ada upah barulah mahu di baca; atau pun dirakam lalu di jualkan.
10.Orang orang muda tidak mahu mengambil alih/membantu perkara2 yang dilakukan di masjid.
11.Orang yang rajin membaikpulih atau menjaga masjid tapi solatnya sendiri tak di jaga.
12.Walaupun hujan banyak turun tapi pokok tetap juga tidak subur.
13.Pemimpin terlalu ramai, tapi seorang pun tidak boleh dipercayai.
14.Ramainya anak yang tidak mahu mendengar nasihat ibu bapanya lagi.
15.Pada musim kemarau, turunnya hujan.
16.Orang yang selalu bercakap bohong tapi dianggap benar.
17.Orang yang tiada pertalian saudara menjadi akrab, sanak saudara sendiri menjadi musuh.
18.Setiap Kampung, desa, pekan, bandar dan negara di pimpin oleh orang2 yang munafik.
19.Dalam ruangan sembahyang dihias secantik-cantiknya.
20.Dalam hati kita tidak lagi mengingati Allah.
21.Ramainya wanita yang menjadi ketua keluarga.
22.Ramai yang menuntut ilmu dengan harapan mendapat pangkat dan kedudukan yang tinggi.
23.Banyaknya suami yang menuruti kehendak isterinya; anak biadap dgn ibunya; baik sangat dgn kawannya dan membenci ayahnya.
24.Banyak pergaduhan yang berlaku di sekitar dan dalam masjid.
25.Al-Quran sekadar menjadi hiburan.
26.Banyaknya kematian dan penceraian berlaku.
27.Banyak terjadinya rasuah kerana hukum hakam dijual beli.
28.Bangunan tinggi yang kukuh rebah menyembah bumi.

Dan banyak lagi tanda tanda kiamat kecil kita akan jumpa kalau rajin sikit membuka kitab.

No comments:

Post a Comment