the best arabic songs

Sunday 18 December 2011

Al-quran dan Hadith(sohih)

1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”.
( Hadith Riwayat Muslim )

------------------------------------------------------------------------------------------------

Firman Allah S.W.T :

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”
(Al-Israk 17 : 36)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Firman Allah S.W.T

“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman.Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”
(Al-Mukminun 23: 1-2)

------------------------------------------------------------------------------------------------
Firman Allah S.W.T

“ Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.Dan sesungguhnya ‘yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yg khusyuk.”
(Al-Baqarah 2: 45)
------------------------------------------------------------------------------------------------

Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasullullah S.A.W. bersabda :
“Janganlah kalian meninggalkan dua rakaat fajar,sekalipun kalian sedang menghadapi musuh.”
(Riwayat Ahmad,Abu Daud,al-baihaqi dan at-tohawi)
------------------------------------------------------------------------------------------------

Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :
“Ingatlah kematian dalam solatmu,kerana apabila seseorang itu mengingatkan kematian dalam solatnya,maka pasti ia akan mengerjakannya dengan sebaik-baiknya”
(Riwayat Al-Baihaqi )

Firman Allah S.W.T.
“Dan pakaianmu,maka hendaklah engkau bersihkan dan segala kejahatan,maka hendaklah engkau jauhi.”
(Al-Muddaththir 74: 4-5)
------------------------------------------------------------------------------------------------

‎30. & (ingatlah) ketika Robmu berfirman kepada Malaikat," Aku hendak menjadikan kholifah dibumi. " Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak & menumpahkan darah disana,sedangkan kami bertasbih memuji MU & menyucikan nama MU ? " Dia berfiman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 31. & Dia ajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya,kemudian Dia Perlihatkan kepada malaikat,seraya Berfirman,sebutkan kepada KU nama semua (benda) ini jika kamu yang benar!" 32. Mereka menjawab," Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kami. Sungguh Engkaulah, yang Maha Mengetahui Maha Bijaksana."(QS: ALBAQOROH: 30-32)
------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment