the best arabic songs

Wednesday 15 June 2011

Syurga dan Wanita...


by Umamah...

Apa sudah jadi dengan wanita Islam mutakhir ini?????Adakah mereka akan kembali seperti zaman sebelum Islam seperti suka mempamerkan kecantikan,jahil dengan maksiat,naif,suka mempamerkan pakaian bagaikan barangan yang tidak laku.
Wanita Muslimah sejati seharusnya menghindarkan perkara itu...
Kita mahu wanita Muslimah yang sentiasa memelihara dan meningkatkan kuaiti moral dengan nilai-nilai agama,bahkan mereka hidup atas nama Islam yang menjadikan mereka lebih bernilai dari segi segala-galanya.Hebatnya wanita,hingga kan dikatakan 'syurga terletak di bawah telapak kaki ibu'.Ertinya seorang anak tidak akan mencium bau syurga jika drhaka kepada ibunya.
Bagaimanapun hebatnya musuh Islam menggunakan pelbagai tipu muslihat menyebabkan wanita solehah semakin berkurangan apabila masing-masing tergoda dengan pelbagai gaya dan fesyen.Makin ramai wanita Islam yang suka berpakaian mendedahkan sehingga menampakkan susuk tubuh yang sepatutnya dirahsiakan.Masya Allah.Mereka lupa bahawa menutup aurat adalah suatu tuntutan dalam islam....
Allah berfirman,"dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya,memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya),kecuali yang biasa terlihat..Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya)kecuali kepada suaminya,atau adik beradik,atau adik beradik lelakinya,atau para perempuan(sesama islam),atau hamba sahayanya,para lelaki(tua)yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan,atau kanak-kanak yang belum kenal erti aurat perempuan.Dan janganlah mereka(perempuan)menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan mereka sembunyi.Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah ,Wahai orang-orang beriman,agar kamu beruntung."-an-Nur:31
Juga adalah firman Allah"....dan janganlah kamu berhias dan(bertingkah laku)seperti orang-orang Jahiliah dahulu..."-al-Ahzab:33...
Daripada Abu Hurairah r.a,katanya,Rasulullah bersabda ,
"Dua kelompok daripada penghuni neraka yang aku tidak pernah melihatnya(sesama hidupku):kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya.Yang kedua adalah wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian ,perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya seumpama bonggol unta .Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga ...
Ketahuilah bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak yang begini dan begini"-Hadith riwayat Muslim...

Semoga para-para wanita dapat menggambil iktibar dari kisah ini...dan jangan lah terpedaya kepada fesyen zaman sekarang....ingatlah orang yang akan ditanya dahulu semasa di akhirat ialah pereka fesyen...ingat pereka fesyen yang mendedah kan aurat dan menampakkan tubuh badan ialah akan membawa kita kepada dosa besar...

dari buku rujuukkan MILENIA...

No comments:

Post a Comment