the best arabic songs

Thursday 25 August 2011

Pegajaran..

“Aku suka kepada orang-orang soleh, padahal aku bukan termasuk golongan mereka. Harapanku hanyalah agar aku juga mendapat syafaat, kelak bila bersama mereka. Dan aku benci orang-orang yang menjadikan maksiat sebagai perniagaan mereka dalam hidup ini, walaupun aku sendiri mungkin seperti mereka yang melakukan maksiat tersebut.” – Imam As-Syafi'ie

‎"Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman, sama saja untuk mereka, baik engkau beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah menutup hati dan pendengaran mereka, pada penglihatan mereka ada tutup (tabir) dan untuk mereka siksaan (azab) yang pedih" (Al-Baqarah: 6-7)

Kalau hari ini, lelaki mudah ber'dating' dengan kita (perempuan) yang belum sah sebagai pasangannya, peratus untuk dia ber'dating' pula dengan perempuan lain yang tidak halal selepas berkahwin dengan kita adalah tinggi. Jangan ber'dating' dengan mana-mana lelaki ajnabi. InsyaAllah kita akan dapat suami yang tidak akan ber'dating' dengan mana-mana perempuan lepas kahwin. Sabar adalah perlu untuk meninggalkan larangan Allah. Jangan terburu nafsu, nanti diri yang lesu.

Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jangan kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia. Jangan kau riak dan ujub. Jangan kau fikir org lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk menunjuk-nunjuk, maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. Sia-sia sahaja! DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan selamat? Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh. Jangan kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan, usah kau mimpi dan angkuh! Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu.


Mudahnya wahai lelaki, kamu kata “Sejahat-jahat aku, aku ingin bernikah dengan perempuan baik-baik, bukan yang macam awek aku sekarang”. Percakapan kamu seakan-akan wanita baik-baik tiada hak bersuamikan lelaki baik, seakan-akan wanita tiada hak memilih, seperti kamu yang buat semua keputusan. Jangan mimpi nak jadikan wanita solehah sebagai isteri jika kamu jahat kerana mereka berhak mendapat suami soleh. Pergi! Siapkan diri kamu dengan agama sebelum nak kahwin dengan wanita solehah!

Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat

Tidak perlu tunggu keikhlasan datang dalam diri baru taat kepada perintah Allah, baru nak tutup aurat, baru nak solat, baru nak tahu batas pergaulan, baru nak buat baik.. didiklah diri membuat semua perkara itu walau terpaksa kerana ia adalah perintah Allah yang kita wajib taat.. insyaAllah keikhlasan akan datang kemudian bersama rahmat Allah.. berubahlah, jika bukan sekarang, takkan tunggu hingga hujung nyawa?
Ayat yang seringkali kita dengar dari orang yang mengaku Islam di dalam dirinya:
1. "Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat."
2. "Orang yang solat belum tentu baik."
3. "Orang berpuasa belum tentu sembahyang."
4. "Wanita yang tutup aurat belum tentu baik."

-Gadis melayu berniqab, ganjil?
-Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
-Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
-Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
-Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
-Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
-Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
-Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
-Gadis melayu tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
-Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
-Gadis melayu ganjil?

Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim)

Jawapannya adalah:
1. Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah s.w.t?
2. Orang yang baik tentu akan solat.
3. Orang yang solat sudah tentu berpuasa.
4. Wanita yang baik sudah tentu tutup aurat.
Tidak perlu tunggu keikhlasan datang dalam diri baru taat kepada perintah Allah, baru nak tutup aurat, baru nak solat, baru nak tahu batas pergaulan, baru nak buat baik.. didiklah diri membuat semua perkara itu walau terpaksa kerana ia adalah perintah Allah yang kita wajib taat.. insyaAllah keikhlasan akan datang kemudian bersama rahmat Allah.. berubahlah, jika bukan sekarang, takkan tunggu hingga hujung nyawa?

"Isteri yang solehah adalah isteri yang mencintai Allah dan suaminya, keluarganya.. dan tidak pernah mengeluh akan nasib buruk terjadi akannya.. tidak pernah sekali meninggi suara kepada suaminya dan sentiasa menjaga perlakuannya/adabnya sekalipun hendak keluar ke rumah.. pergi ke kedai sekalipun si isteri wajib minta izin dari suami.. meskipun suaminya teruk perangainya (bermaksiat kepada Allah).. jika si isteri derhaka kepada suaminya itu tidak ciumlah bau syurga.."

Nabi s.a.w bersabda: “Sebaik-baik saf lelaki adalah yang paling hadapan dan yang paling buruk adalah yang paling belakang. Dan sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling belakang, yang terburuk bagi mereka adalah yang paling depan.” (H.R. Muslim, 2/435, no. 664)

Allah s.w.t berfirman (maksudnya): “…hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah terdahulu.” (Surah al-Ahzab, 33:33)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”

{Riwayat Ibnu Mas’ud}

Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha Agung, Tiada Tuhan di dalam hatiku kecuali Allah, Cahaya Muhammad pesuruh Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah..

Bacalah selalu.. sebutlah sentiasa.. menangislah kerana Allah.. terutamanya ketika selepas solat atau QIyamulail..

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (Al-Qasas, 28:24)

Siapa yang belum menikah lagi, boleh amalkan ayat ni, baca setiap hari, insyaAllah dipermudahkan jodoh. Asbabnya Nabi Musa a.s membaca doa ini lalu Allah permudahkan urusan beliau dan pertemukan jodohnya.

Ada orang kata: Hukum dosa dan pahala tu hak Allah, kita sebagai manusia takde hak 'menghukum'.

Ada dua maksud menghukum di sini, iaitu menghukum dengan hukuman nyata dan menghukum dengan kata-kata. Selalunya orang akan bercakap mengenai 'hukum dengan kata-kata'. Jika Rasulullah pernah bagi tahu berbuat itu dan ini adalah dosa dan kita menyampaikan pada orang lain, adakah ia dikira 'menghukum' seperti ayat di atas?

“Barangsiapa yang masih hidup di antara kalian maka akan melihat perselisihan yang banyak. Dan waspadalah terhadap perkara-perkara yang diada-adakan kerana hal itu sesat. Dan barangsiapa yang menemui yang demikian itu, maka berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah khulafa’ur rasyidin. Gigitlah ia dengan geraham-geraham kalian”. (H.R. Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Dgn nama Allah, Yg Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yg memelihara & mentadbirkan sekalian alam. Yg Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yg Menguasai pemerintahan hari Pembalasan. Engkaulah saja (Ya Allah) yg kami sembah & kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yg lurus. Iaitu jalan orang² yg Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang² yg Engkau telah murkai, & bukan pula (jalan) orang² yg sesat.

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

‎"Anak nak masuk tandas bukan main pesan ikut sunnah Nabi, masuk kaki kiri dulu & baca doa. Tapi anak nak masuk alam prkahwinan, anak nak ikut sunnah Nabi, ibu bapa yang tak bagi. Nabi suka pernikahan yang mudah."

Kata2 yang dipetik dari fulan bin fulan.. Tanya diri sendiri, apakah kita begini? Sunnah kecil suruh ikut, sunnah besar sikit tak bagi ikut..

Seorang lelaki bermimpi bahawa dia telah mati dan dikuburkan. Kemudian ia didatangi seekor ular yang sangat besar nak membahamnya di suatu tempat yang gelap dan kebetulan waktu itu ada seorang tua yang berbaju putih lalu berhampiran dengannya. Dia meminta tolong orang tua itu namun orang tua itu tak dapat berbuat apa2. Tiba2 datang seorang anak kecil membunuh ular tersebut. Setelah itu dia terjaga dari tidurnya.

Dia terasa cukup aneh. Apakah mimpi ini alamat buruk baginya? Lalu ditanya kepada seorang alim di kawasannya dan dia mendapatkan jawapan. Sesungguhnya ular yang besar itu adalah maksiat yang banyak dilakukan oleh lelaki itu manakala orang tua berbaju putih itu adalah amal ibadahnya yang sedikit. Amalnya tidak dapat membantunya menghadapi ancaman dari perbuatan maksiat. Tiba2 datang anak kecil menyelamatkannya.. Anak kecil itu adalah sifat sabar lelaki itu yang telah kematian anaknya beberapa lama dahulu..

Dakwah: Ia adalah kewajipan setiap orang Islam. Tiada pekerjaan yang lebih UTAMA di dunia ini selain berdakwah, jika ada pasti Allah telah memerintahkan para Nabi dan Rasul utusanNya untuk melakukan pekerjaan itu.

Dakwahlah dari pelbagai segi yakni dari kata2, perbuatan, penulisan, gaya hidup dan bermacam2 cara lagi. Jalan ke syurga dibuka luas, tinggal kita untuk melaluinya atau tidak.

‎"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan dia lah yang lebih mengetahui siapa yang dapat petunjuk." (An-Nahl 16:125)

Anak-anak gadis suka sangat upload gambar dalam laman sosial, tunjuk aurat, control ayu, pakai seksi, semua tu nak tunjuk cantik & nak pikat laki, biar orang komen "Cantik la awak ni."

Mulalah hidung kembang sampai kaki tak berpijak di bumi. Gelagat dalam hati rasa bangga dengan kelebihan diri. Ingat-ingat, kelebihan tu semua yang Allah bagi, Allah bagi bukan nak lebihkan kamu tapi nk uji, akhirat nanti Allah soal satu persatu, Allah tunjuk segala perbuatan kamu, masa tu dah tiada ruang untuk mengadu, tunggu seksaan menanti kamu. Ingat tu, pakat-pakat delete la ye.
Bukan tak boleh upload, bukan tak boleh tayang, tapi biarlah ia mengikut landasan syariat syarat-syarat yang benar mengikut Islam.

Ya Tuhanku, Engkau Maha Mendengar setiap apa yang tergerak dalam hati hambaMu, pertemukanlah hambaMu ini dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan dan jadikanlah hambaMu ini seorang yang khusyuk dan merendah diri kepadaMu serta tidak segan untuk menitiskan air mata hanya untukMu..

Bumi Palestin adalah bumi yang diberkati, ada sahaja yang syahid di sana setiap hari. Kita di Malaysia tak dapat berjuang menegakkan dan mempertahankan agama bersama saudara2 Islam di Palestin dengan cara berperang dan bermandi darah, namun kita boleh menjadi pejuang Islam dengan memberikan sokongan dari pelbagai bentuk seperti harta, semangat, bekalan dan lain2 lagi. Tanya diri, apakah kita pernah menolong saudara kita di sana? Janganlah sampai di akhirat kita akan didakwa pula.

Manusia sering mengeluh dan merasa rugi bila kehilangan sesuatu barang yang disayanginya, kehilangan masa yang tak digunakan untuk aktiviti yang disukainya.. Tapi kebanyakan dari mereka tak mengeluh dan tak merasa rugi apabila masa umurnya yang ada di dunia ini tidak digunakan untuk beribadah dan melakukan amal jariah untuk bekalan akhirat sana, apatah lagi untuk taat kepada perintah yang Esa. Mereka hanya sedar akan 'masa' itu apabila telah meninggal dunia.

Sebenarnya ramai yang tahu itu dosa ini dosa, tapi mereka masih buat lagi dan tak mahu BERUSAHA meninggalkannya dan tak mahu BERTAUBAT.. kalau tak mahu USAHA tinggalkan maksiat, bagaimana mungkin boleh berubah menjadi seorang yang soleh? hidayah dan taufiq itu Allah akan beri, kita kena usahakan untuk dapatkannya.. jika tak sekarang, bila lagi? takkan nak tunggu hijab kematian terbuka?

Kita sering alpa & leka namun bila datang seseorang menasihati kita. Pandanglah dia dari sudut saudara yang mengambil berat akan diri kita, terima & hargailah apa yang disampaikan. Tidak kira siapa dia kerana kita & dia sama saja. Sedarlah bahawa itu mungkin cara ALLAH untuk meluruskan jalan kita kepadaNYA. Sedarlah bahawa betapa kasih dan sayangnya ALLAH kepada kita dengan mengurniakan seseorang yang tidak pernah lelah mendorong kita ke jalan yang di redhaiNYA :)

Kita tidak dibenarkan membenci seseorang hamba Allah yang Muslim, kerana semua Muslim itu bersaudara.. Yang dibenarkan adalah membenci perbuatan mungkarnya iaitu perbuatan atau sifat yang membuatkannya tidak taat kepada perintah Allah..

Ramai orang mencari pasangan yang baik dan beriman dengan harapan pasangannya itu dapat membimbing diri mereka. Tapi tak ramai pula yang cuba memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang baik dan beriman untuk membimbing pasangan mereka.




Bila kita bagi nasihat atau kata2 untuk kesedaran seseorang itu, pasti mereka akan touching atau sentap.. bagus ada perasaan terasa ni, ia menunjukkan masih ada iman dalam diri.. kalau tak terasa apa2 tu yang bahaya sebab hati dia mati.. tahniah kepada yang ada berasa hati :)


Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk kita memperbaiki amal ibadah serta tidak lagi bergelumang dengan maksiat.

No comments:

Post a Comment