the best arabic songs

Thursday 20 October 2011

Apa Yang Menghalangimu Untuk Menutup Auratmu?

Apa Yang Menghalangimu Untuk Menutup Auratmu?
Duhai wanita perhiasan dunia, susah sangatkah dirimu untuk memahami apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT untukmu? Bukankah Allah SWT menunjukkan bukti betapa DIA sangat mahu memelihara kehormatanmu. Kenapa duhai wanita? Kenapa? Kenapa kau tidak mengerti kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah SWT untukmu. Adakah kau memang suka jika dirimu dibiarkan tanpa kasih sayang dari-Nya?

Duhai wanita cantik! Kecantikan apa yang ada pada dirimu sehingga sanggup kau biarkannya dinikmati orang ramai? Sukakah kau bila ramai lelaki di luar sana memandang kamu dengan penuh pandangan nafsu? Apakah kamu tidak pernah terfikir apa sebenarnya yang bermain di benak kepala mereka? Oleh kerana itu, Allah SWT menjagamu melalui syariat penutupan aurat. Namun kamu tetap juga degil! Masih membiarkan auratmu terdedah ke sana ke mari.

Duhai wanita yang amat kukasihi, apakah kamu tidak menyayangi diri sendiri? Jika ya, kenapa merosakkan nilai yang ada pada diri kalian? Kenapa suka sangat merendahkan maruah yang ada pada diri? Tenunglah pakaian hari-harimu. Bertepatan dengan syariatkah ia atau tidak? Kalian seharusnya bijak membuat pilihan, mengikut tetapan Allah SWT atau mengikut arus fesyen berpakaian.


TAPI INGAT!! Mungkin kalian sudah lupa janji-janji-Nya. Takutlah dengan seksaan api neraka yang Allah SWT sediakan untuk hamba-hamba-Nya yang ingkar terhadap perintah-Nya. Mungkin kalian seronok bebas sini sana semasa di dunia, namun ingatlah kehidupan yang bakal kita tempuh di padang mahsyar kelak. Sudahkah kalian bersedia untuk menjawab segala pertanyaan-pertanyaan daripada Allah SWT di mahkamah-Nya nanti? Yakinkah alasan-alasan yang digunakan di atas dunia untuk menolak penutupan aurat bakal diterima kelak di sana? Mulut kalian akan terkunci, hanya anggota badan yang akan berbicara tentang semuanya!!

Ayuh wanita-wanita solehah, mari membaiki diri ke arah yang lebih baik. Tidak usah malu jika ada yang memandang serong bila kamu berusaha menutup aurat, kerana perhitungan di akhirat sana lebih penting, pandangan Allah SWT terhadapmu sangat penting! Jadilah dirimu insan solehah yang selalu mengharapkan redha-Nya. Jangan pula kamu menjadi insan yang menggugat iman para lelaki di luar sana. Nauzubillahi minzaliik!

Saya menasihati kamu kerana saya menyayangi kamu!

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

No comments:

Post a Comment