the best arabic songs

Friday, 27 January 2012

Senarai Dosa – Dosa Besar


Al-Imam Azzahabiyy menyenaraikan dalam kitabnya “Al-Kabaair” jenis dosa-dosa besar melibatkan perkara-perkara seperti berikut:
01 – Belajar ilmu lalu tidak menerangkannya
02 -Persaksian palsu
03 – Berjudi
04 – Bersumpah palsu dan bohong
05 – Berbohong
06 – Tidak istinjak selepas kencing
07 – Perempuan pelacur
08 – Berbuat zalim terhadap yang lemah
09 – Berdebat dan memusuhi
10 – Bersifat dayus
11 – Bercakap kasar dengan orang tua
12 – Dusta nama Allah dan rasulnya
13 – Derhaka pada suami
14 – Derhaka pada hamba Allah
15 – Hakim yang zalim
16 – Homoseks
17 – Menipu dalam timbangan
18 – Al-Abd al-Aabiq /iaituhamba yang lari dari tuannya
19 – Lelaki menyerupai wanita ( al-mutasyabbihin binnisak )
20 – Lari dari medan perang di jalan Allah
21 – Membunuh manusia
22 – Membunuh diri sendiri
23 – Mengamalkan sihir
24 – Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 – Meninggalkan sembahyang jumaat
26 – Menderhaka ibu bapa
27 – Memutuskan hubungan silaturrahim
28 – Melakukan zina
29 – Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 -Mengumpulkan kekayaan haram
31 – Memberi dan menerima rasuah
32 – Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 -Berurusan dengan riba
34 – Minum arak
35 – Mencuri
36 – Merompak
37 – Melakukan kezaliman
38 – Melakukan pengkhianatan
39 – Mengungkit-ungkit pemberian
40 – Mengingkari janji
41 – Memfitnah
42 – Mengutuk orang islam
43 – Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 – Menipu harta rampasan
45 – Melampaui batas
46 – Menuduh zina terhadap orang baik
47 – Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 – Mempercayai nujum dan sihir
49 – Wanita menyerupai lelaki ( al-Mutasyabbhihatu birrijal )
50 – Mencari-cari kesalahan orang lain
51 – Menganggu orang lain
52 – Menganggu tetangga
53 – Menyakiti dan memaki orang islam
54 – Mengintip dan membuka rahsia orang
55 – Mencaci sahabat Nabi
56 – Mengurangi wasiat
57 – Mengingkari takdir
58 – Putus asa dari rahmat Allah
59 – Penipuan dan kezaliman terhadap orang bawahan
60 – Riak dan menunjuk-nunjuk
61 – Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 – Sombong serta angkuh
63 – Sembelih untuk selain Allah
64 – Tidak mengeluarkan zakat
65 – Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 – Tidak mengerjakan haji sedangkan bermampuan

Saya Mahu Cantik!


Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif. Cantik atau tidak seseorang itu bukan terletak pada lentik bulu matanya, mancung hidungnya, bulat matanya dan cerah kulitnya atau apa-apa sahaja, namun kecantikan seseorang adalah pada mata yang memandang.
Kita di bekalkan dengan kemahuan dan pilihan yang berbeza. Adilnya Allah menciptakan kita semua tidak sama, memiliki rupa yang berbeza, namun Allah menjanjikan kita semua akan memiliki pasangan dan tidak seorang pun dikecualikan.

Jadi apakah yang membuatkan ini terjadi?
Hal ini adalah kerana mata seseorang tidak di berikan hanya satu tarikan yang sama. Semua manusia punya keinginan dan minat yang berbeza. Jadi janganlah mudah mengejek dan mencaci seseorang hanya kerana paras rupa yang dimilikinya kerana ada dikalangan manusia di luar sana yang akan mengagumi wajahnya. Allah akan mencantikkannya pada mata terpilih.
Ada yang sering tertanya-tanya dan merendahkan diri serta beranggapan bahawa kekurangannya tidak melayakkan dia untuk sesiapa. Mengapa menghukum diri? Tidak percaya pada keadilan Allah?
Kecantikan terlalu unik untuk ditafsirkan. Kekuasaan Allah yang maha besar menjadikan manusia yang berangka jutaan billion yang hidup di atas muka bumi mempunyai wajah yang berbeza! Subhanallah, padahal kita semua memiliki mulut, hidung, mata , telinga yang ada pada kedudukan yang tetap. Tetapi tetap jua kita berbeza.

Rupa hanya lambang pengenalan diri kita. Tetapi bukan ukuran kecantikan akhlak yang dimiliki. Orang-orang yang beriman akan menilai kecantikan seseorang dari akhlak dan perwatakan. Tetapi mereka yang memuja meterialistik akan melihat kecantikan dari luaran dan jasad semata. Mereka hanya mengejar kepalsuan yang nyata akan hancur dimamah cacing tanah. Sedangkan yang kekal hanyalah amalan-amalan yang ditanam dari kehidupan.
Kerana itu tatkala memilih jodoh, maka pilihlah yang beragama. Sememangnya rupa yang sedap dipandang itu perlu, namun apa erti cantik tanpa agama dan kesolehan diri. Biarlah rupa tidak seberapa, kerana gayanya dan tutur katanya lembut akan meruntun jiwa si suami, ketaatannya akan menjadikan suami menghargainya.
Mungkin sesuatu itu biasa sekali di pandangan mata, tetapi sangat indah di pandangan mata hati. Kecantikan fana akan lenyap di telan masa, tetapi kesolehan yang dipelihara akan membawanya ke syurga. Di syurga nanti tiada manusia yang tidak cantik, semuanya rupawan yang jelita. Kecantikannya akan di gandakan oleh Allah. Subhanallah!
Kamu terlalu cantik dengan hiasan taqwa. Tersangat cantik dengan memiliki jiwa yang ikhlas dan reda. Itulah kecantikan yang akan kekal selamanya.

Manusia pasti mati


Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini sebab tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis Asma(nama)Ku di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak dibumi dantidak di langit hingga hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik (wangian).

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W :"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah."

Rahsia cinta Lelaki


Saya percaya tentu terdapat segelintir kaum perempuan yg sudah serik utk menjalinkn hubungan serius dgn kaum lelaki setelah beberapa kali dikecewakn..


Adakah anda ingin memegang title ’single n available’ hingga ble2? Dan apakah yg harus anda lakukan utk membuat pilihan yg tepat dlm memilih teman hidup dr kaum Adam? Tips2 berikut diharap dapat membantu anda serba sedikit dlm memilih lelaki yg benar2 ikhlas dan menyayangi diri anda.

Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yg dilakukan lelaki utk anda..

Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:

Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)
HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… Berilah diri anda peluang utk kembali mencintai seorang yg bergelar lelaki..

10 PETANDA DIA JODOH KITA…


Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Saling Melengkapi…(LELAKI & WANITA)


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara.

Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya.

Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah…

Apa yg Lelaki Suka & Tak Suka


Lelaki suka:

-Sikap kelakar
-Budi pekerti dan kesopanan
-Murah hati
-Senyuman manja
-Pandai memasak
-Pandai dalam mengenakan pakaian
-Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
-Tak mudah naik angin
-Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
-Tak terlalu seksi dalam berpakaian
-“Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
-Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
-Berwawasan atau bercita-cita tinggi
-Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
-Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam -situasi yang tertekan.
-Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
-Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
-Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
-Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
-Sikap keibuan
-Sukakan kanak-kanak
-Suara lembut tanpa dibuat-buat
-Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
-Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
-Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
-Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki -tersebut
-Tahu bersyukur
-Pandai berjimat-cermat
-Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Lelaki Tak Suka:

-Wanita yang suka mengumpat
-Sombong dan bongkak
-Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
-Hisap rokok
-“Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
-Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
-Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
-“Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
-“Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
-Wanita yang hipokrit
-Pembohong dan suka mencari alasan
-Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
-Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
-Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
-Pengotor dan pemalas
-Tak bertanggungjawab langsung
-Tak pandai mengemas
-Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
-Kuat berleter walau hal remeh temeh
-Boros berbelanja
-Tak tahu memasak
-memuji lelaki lain
-Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
-“Queen Control” atau suka mengarah-arah
-Tak pandai bergaya atau selekeh
-Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
-Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
-Panas baran
-Kuat merajuk dan sukar dipujuk
-Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
-Tak mahu mengakui kesilapan dan ego