the best arabic songs

Thursday, 20 October 2011

Panduan Isteri Teladan


Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda :

“Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah wanita yang solehah.”

Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?

” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya. Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:

1.~~~ Patuh dan taat kepada suami yang soleh~~~

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”

(Surah An-Nisa’:34)

Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi-wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah.

Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.

Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita”

2.~~~ Menguruskan rumahtangga~~~

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3~~~.Berhias untuk suami~~~


Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami.

Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri. menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW:

“Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”

(HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

4.~~~ Melayani suami~~~

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .

Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sekit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.

5.~~~ Berpakaian menurut ajaran Islam~~~

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.

Allah SWT berfirman, ertinya:

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

(Surah Al-A’raar:26)

Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.

Firman Allah yang bermaksud:

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang.”

(Surah Al-Ahzab:59)

6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan di samping memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami, dia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.
Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

- Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.

- Bersikap malu terhadap suami.

- Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata.Berbicara setelah ia
selesai berbicara.

- Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

- Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

- Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

- Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

- Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

- Sentiasa menghormati keluarga suami .

- Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

- Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

- Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

cara pemakanan rasululullah


Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,
keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kit a ikut diet ini kawan2.

tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


``````````````````````````

Nampak memanglah pelik..

tapi, kalau tak percaya...

kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.

Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.


Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime


Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?


Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?


Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.


Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Sama2lah kita mengamalka

Apa Yang Menghalangimu Untuk Menutup Auratmu?

Apa Yang Menghalangimu Untuk Menutup Auratmu?
Duhai wanita perhiasan dunia, susah sangatkah dirimu untuk memahami apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT untukmu? Bukankah Allah SWT menunjukkan bukti betapa DIA sangat mahu memelihara kehormatanmu. Kenapa duhai wanita? Kenapa? Kenapa kau tidak mengerti kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah SWT untukmu. Adakah kau memang suka jika dirimu dibiarkan tanpa kasih sayang dari-Nya?

Duhai wanita cantik! Kecantikan apa yang ada pada dirimu sehingga sanggup kau biarkannya dinikmati orang ramai? Sukakah kau bila ramai lelaki di luar sana memandang kamu dengan penuh pandangan nafsu? Apakah kamu tidak pernah terfikir apa sebenarnya yang bermain di benak kepala mereka? Oleh kerana itu, Allah SWT menjagamu melalui syariat penutupan aurat. Namun kamu tetap juga degil! Masih membiarkan auratmu terdedah ke sana ke mari.

Duhai wanita yang amat kukasihi, apakah kamu tidak menyayangi diri sendiri? Jika ya, kenapa merosakkan nilai yang ada pada diri kalian? Kenapa suka sangat merendahkan maruah yang ada pada diri? Tenunglah pakaian hari-harimu. Bertepatan dengan syariatkah ia atau tidak? Kalian seharusnya bijak membuat pilihan, mengikut tetapan Allah SWT atau mengikut arus fesyen berpakaian.


TAPI INGAT!! Mungkin kalian sudah lupa janji-janji-Nya. Takutlah dengan seksaan api neraka yang Allah SWT sediakan untuk hamba-hamba-Nya yang ingkar terhadap perintah-Nya. Mungkin kalian seronok bebas sini sana semasa di dunia, namun ingatlah kehidupan yang bakal kita tempuh di padang mahsyar kelak. Sudahkah kalian bersedia untuk menjawab segala pertanyaan-pertanyaan daripada Allah SWT di mahkamah-Nya nanti? Yakinkah alasan-alasan yang digunakan di atas dunia untuk menolak penutupan aurat bakal diterima kelak di sana? Mulut kalian akan terkunci, hanya anggota badan yang akan berbicara tentang semuanya!!

Ayuh wanita-wanita solehah, mari membaiki diri ke arah yang lebih baik. Tidak usah malu jika ada yang memandang serong bila kamu berusaha menutup aurat, kerana perhitungan di akhirat sana lebih penting, pandangan Allah SWT terhadapmu sangat penting! Jadilah dirimu insan solehah yang selalu mengharapkan redha-Nya. Jangan pula kamu menjadi insan yang menggugat iman para lelaki di luar sana. Nauzubillahi minzaliik!

Saya menasihati kamu kerana saya menyayangi kamu!

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Sunday, 16 October 2011

Cara Mengenal Kedai atau Tempat Perniagaan Mengunakan Pelaris
October 16th, 2011 03:13 PM | by Mastermindz | Informasi, Tips.


Gambar Sekadar Hiasan

Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud.Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.

Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan,bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli pilotik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini. Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai.Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia.

Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia dan Sabah sarawak sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke semenanjung.Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan.Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak. Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

Friday, 14 October 2011

UNTUK YANG SIMPAN KUKU PANJANG DAN MEMAKAI CINCIN

UNTUK YANG SIMPAN KUKU PANJANG DAN MEMAKAI CINCIN
Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je...ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu maka tulisan Tok Wan ni untuk korunk. Yang dah tahu tu...Alhamdulillah.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

kelebihan air fatihah :-)

kelebihan air fatihah:-

Ibnu Abas r.a menyatakan ,Saidina Hassa bin Ali r.a cucu kepada Rasulallah telah sakit. Rasulallh melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam satu bekas, kemudian air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana angota yang nyata. Dengan berkat fathihah itu sembuh lah penyakitnya.

Demikianlah, sesiapa sehaja yang mengidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan doa ini:

Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindugkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.

Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, inysaallah akan sehat...

smoge kite sume dilindungi olehnye...amien~

Kelebihan Berwudhuk...~_~

alangkah indah nya islam..alangkah mudah nye islam ney...kite ummat akher zaman..ade lah ummat yg manje disisi allah...die memberi bermacam2 klebihan dlm ape jua amalan yg kite wat..contoh:-

kelebihan berwudhuk:-

1. Allah Subhanahu wa Ta’ala mencintai orang-orang
yang bersih, sebagaimana firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala :

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang
yang bertaubat dan mencintai orang-orang
yang bersih (Al-Baqoroh :222)

2. Sesungguhnya gurrah dan tahjil (cahaya akibat
wudhu yang nampak pada wajah, kaki, dan
tangan) merupakan alamat khusus ummat
Muhammad S.A.W pada
hari kiamat kelak, sebagaimana sabda Nabi
S.A.W :

“Sesungguhnya umatku dipanggil pada hari
kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah,
tangan-tangan dan kaki- kaki mereka
karana bekas wudhu” (Riwayat Bukhari dan
Muslim)

3. Wudhu dapat menghapuskan dosa-dosa dan
kesalahan-kesalahan, sebagaimana sabda Nabi
S.A.W :
"Barang siapa yang berwudhu lalu
memperbaikkannya, maka akan keluar
dosa-dosanya dari badannya bahkan
sampai keluar dari bawah kuku-kukunya".
(Hadits riwayat Muslim no 245)

"Tidak ada seorang pun dari kalian yang
berwudhu lalu menyempurnakan wudhunya
kemudian berkata : kecuali akan dibukakan baginya
pintu-pintu surga yang delapan dan dia masuk
dari pintu mana saja yang dia sukai". (Hadits
riwayat Muslim, Irwa’ul Ghalil no 96)

mudah kan???...hehe..smoge kite same2 dapat amal dan sampai kan...insyaallah..