the best arabic songs

Saturday, 24 September 2011

Tujuh kalimat yg harus dbiasakan.

1.Bismillahirrahmanirrahiim :)
Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah :)
Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astaghfirullah :)
jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.Insya Allah :)
jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah :)
bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun :)
jika melihat/menghadapi musibah.

7.Lailaha illallah :)
bacalah siang & malam sebanyak2nya.

Rasulullah bersabda :)

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang
menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala... :)

Friday, 26 August 2011

Apabila Malaikat Maut datang menjemput nyawa

●●●▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬●●●
Apabila Malaikat Maut datang menjemput nyawa
●●●▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬●●●

Pada zaman Nabi Sulaiman A.S, Malaikat Maut datang bertemu dengan Nabi Sulaiman A.S dalam bentuk manusia, dan tiada seorang pun yang tahu akan kedatangan Malaikat Maut.

Dalam satu majlis, Nabi Sulaiman A.S berkumpul bersama sahabat-sahabatnya. Malaikat Maut telah memandang dan merenung pada salah seorang sahabat baginda dan kemudian berlalu pergi.

Sahabat yang direnung Malaikat Maut itu pun datang berjumpa Nabi Sulaiman A.S, dan bertanya, "Wahai Nabi ALLAH, mengapakah orang itu merenung ku begitu sekali?" Nabi Sulaiman A.S menjawab, "Ketahuilah bahawa orang itu adalah Malaikat Maut."

Sahabat itu menggigil ketakutan dan berpeluh-peluh kerana dia rasa tidak bersedia lagi untuk mati. Kemudian, dia meminta Nabi Sulaiman A.S mengarahkan Jin membawa sahabat itu ke satu tempat yang sangat jauh, supaya Malaikat Maut itu tidak dapat mengambil nyawanya.

Nabi Sulaiman A.S mengabulkan permintaan sahabatnya itu, dan menyuruh jin untuk menghantarnya ke satu tempat yang jauh.

Selang beberapa saat kemudian, Malaikat Maut datang kembali berjumpa dengan Nabi Sulaiman A.S. Lalu baginda bertanya, "Apa urusanmu dengan sahabatku itu dan mengapa kamu memandang dia sebegitu sekali?"

Malaikat Maut menjawab, "Telah tercatat bahawa aku harus mencabut nyawanya di satu tempat yang lain dan aku hairan bagaimana dia ada di sana sedangkan dia ada bersamamu. Kemudian, pada waktu yang telah ditetapkan dan pada tempat yang telah ditetapkan, aku telah temui dia dan mencabut nyawanya."

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kisah ini membawa maksud bahawa kematian itu adalah pasti dan telah ditetapkan saat dan tempatnya ajal itu dicabut, walau kita cuba lari jauh atau berada di tempat yang tidak seorang pun ketahui.

Beberapa peringatan KALAM ALLAH tentang detik kematian:

Firman ALLAH SWT:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلا يَسْتَقْدِمُونَ
"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya." [Al-A'raaf:34]

Firmah ALLAH SWT dalam ayat yang lain:

وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنْتَ مِنْهُ تَحِيدُ
"Dan datanglah sakaratulmaut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya." [Al-Qaaf:19]

Dan ALLAH SWT berfirman:

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ
"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh." [An-Nisaa':78]

Oleh itu kita hendaklah mengikut seperti apa yang disabdakan oleh Nabi Junjungan Mulia صلى الله عليه و سلم: "Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara:

✔ Masa sihat sebelum sakit,
✔ kaya sebelum miskin,
✔ lapang sebelum sibuk,
✔ muda sebelum tua dan
✔ hidup sebelum mati".

Thursday, 25 August 2011

Pegajaran..

“Aku suka kepada orang-orang soleh, padahal aku bukan termasuk golongan mereka. Harapanku hanyalah agar aku juga mendapat syafaat, kelak bila bersama mereka. Dan aku benci orang-orang yang menjadikan maksiat sebagai perniagaan mereka dalam hidup ini, walaupun aku sendiri mungkin seperti mereka yang melakukan maksiat tersebut.” – Imam As-Syafi'ie

‎"Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman, sama saja untuk mereka, baik engkau beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah menutup hati dan pendengaran mereka, pada penglihatan mereka ada tutup (tabir) dan untuk mereka siksaan (azab) yang pedih" (Al-Baqarah: 6-7)

Kalau hari ini, lelaki mudah ber'dating' dengan kita (perempuan) yang belum sah sebagai pasangannya, peratus untuk dia ber'dating' pula dengan perempuan lain yang tidak halal selepas berkahwin dengan kita adalah tinggi. Jangan ber'dating' dengan mana-mana lelaki ajnabi. InsyaAllah kita akan dapat suami yang tidak akan ber'dating' dengan mana-mana perempuan lepas kahwin. Sabar adalah perlu untuk meninggalkan larangan Allah. Jangan terburu nafsu, nanti diri yang lesu.

Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jangan kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia. Jangan kau riak dan ujub. Jangan kau fikir org lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk menunjuk-nunjuk, maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. Sia-sia sahaja! DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan selamat? Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh. Jangan kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan, usah kau mimpi dan angkuh! Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu.


Mudahnya wahai lelaki, kamu kata “Sejahat-jahat aku, aku ingin bernikah dengan perempuan baik-baik, bukan yang macam awek aku sekarang”. Percakapan kamu seakan-akan wanita baik-baik tiada hak bersuamikan lelaki baik, seakan-akan wanita tiada hak memilih, seperti kamu yang buat semua keputusan. Jangan mimpi nak jadikan wanita solehah sebagai isteri jika kamu jahat kerana mereka berhak mendapat suami soleh. Pergi! Siapkan diri kamu dengan agama sebelum nak kahwin dengan wanita solehah!

Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat

Tidak perlu tunggu keikhlasan datang dalam diri baru taat kepada perintah Allah, baru nak tutup aurat, baru nak solat, baru nak tahu batas pergaulan, baru nak buat baik.. didiklah diri membuat semua perkara itu walau terpaksa kerana ia adalah perintah Allah yang kita wajib taat.. insyaAllah keikhlasan akan datang kemudian bersama rahmat Allah.. berubahlah, jika bukan sekarang, takkan tunggu hingga hujung nyawa?
Ayat yang seringkali kita dengar dari orang yang mengaku Islam di dalam dirinya:
1. "Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat."
2. "Orang yang solat belum tentu baik."
3. "Orang berpuasa belum tentu sembahyang."
4. "Wanita yang tutup aurat belum tentu baik."

-Gadis melayu berniqab, ganjil?
-Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
-Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
-Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
-Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
-Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
-Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
-Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
-Gadis melayu tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
-Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
-Gadis melayu ganjil?

Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim)

Jawapannya adalah:
1. Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah s.w.t?
2. Orang yang baik tentu akan solat.
3. Orang yang solat sudah tentu berpuasa.
4. Wanita yang baik sudah tentu tutup aurat.
Tidak perlu tunggu keikhlasan datang dalam diri baru taat kepada perintah Allah, baru nak tutup aurat, baru nak solat, baru nak tahu batas pergaulan, baru nak buat baik.. didiklah diri membuat semua perkara itu walau terpaksa kerana ia adalah perintah Allah yang kita wajib taat.. insyaAllah keikhlasan akan datang kemudian bersama rahmat Allah.. berubahlah, jika bukan sekarang, takkan tunggu hingga hujung nyawa?

"Isteri yang solehah adalah isteri yang mencintai Allah dan suaminya, keluarganya.. dan tidak pernah mengeluh akan nasib buruk terjadi akannya.. tidak pernah sekali meninggi suara kepada suaminya dan sentiasa menjaga perlakuannya/adabnya sekalipun hendak keluar ke rumah.. pergi ke kedai sekalipun si isteri wajib minta izin dari suami.. meskipun suaminya teruk perangainya (bermaksiat kepada Allah).. jika si isteri derhaka kepada suaminya itu tidak ciumlah bau syurga.."

Nabi s.a.w bersabda: “Sebaik-baik saf lelaki adalah yang paling hadapan dan yang paling buruk adalah yang paling belakang. Dan sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling belakang, yang terburuk bagi mereka adalah yang paling depan.” (H.R. Muslim, 2/435, no. 664)

Allah s.w.t berfirman (maksudnya): “…hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah terdahulu.” (Surah al-Ahzab, 33:33)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”

{Riwayat Ibnu Mas’ud}

Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha Agung, Tiada Tuhan di dalam hatiku kecuali Allah, Cahaya Muhammad pesuruh Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah..

Bacalah selalu.. sebutlah sentiasa.. menangislah kerana Allah.. terutamanya ketika selepas solat atau QIyamulail..

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (Al-Qasas, 28:24)

Siapa yang belum menikah lagi, boleh amalkan ayat ni, baca setiap hari, insyaAllah dipermudahkan jodoh. Asbabnya Nabi Musa a.s membaca doa ini lalu Allah permudahkan urusan beliau dan pertemukan jodohnya.

Ada orang kata: Hukum dosa dan pahala tu hak Allah, kita sebagai manusia takde hak 'menghukum'.

Ada dua maksud menghukum di sini, iaitu menghukum dengan hukuman nyata dan menghukum dengan kata-kata. Selalunya orang akan bercakap mengenai 'hukum dengan kata-kata'. Jika Rasulullah pernah bagi tahu berbuat itu dan ini adalah dosa dan kita menyampaikan pada orang lain, adakah ia dikira 'menghukum' seperti ayat di atas?

“Barangsiapa yang masih hidup di antara kalian maka akan melihat perselisihan yang banyak. Dan waspadalah terhadap perkara-perkara yang diada-adakan kerana hal itu sesat. Dan barangsiapa yang menemui yang demikian itu, maka berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah khulafa’ur rasyidin. Gigitlah ia dengan geraham-geraham kalian”. (H.R. Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Dgn nama Allah, Yg Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yg memelihara & mentadbirkan sekalian alam. Yg Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yg Menguasai pemerintahan hari Pembalasan. Engkaulah saja (Ya Allah) yg kami sembah & kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yg lurus. Iaitu jalan orang² yg Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang² yg Engkau telah murkai, & bukan pula (jalan) orang² yg sesat.

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

‎"Anak nak masuk tandas bukan main pesan ikut sunnah Nabi, masuk kaki kiri dulu & baca doa. Tapi anak nak masuk alam prkahwinan, anak nak ikut sunnah Nabi, ibu bapa yang tak bagi. Nabi suka pernikahan yang mudah."

Kata2 yang dipetik dari fulan bin fulan.. Tanya diri sendiri, apakah kita begini? Sunnah kecil suruh ikut, sunnah besar sikit tak bagi ikut..

Seorang lelaki bermimpi bahawa dia telah mati dan dikuburkan. Kemudian ia didatangi seekor ular yang sangat besar nak membahamnya di suatu tempat yang gelap dan kebetulan waktu itu ada seorang tua yang berbaju putih lalu berhampiran dengannya. Dia meminta tolong orang tua itu namun orang tua itu tak dapat berbuat apa2. Tiba2 datang seorang anak kecil membunuh ular tersebut. Setelah itu dia terjaga dari tidurnya.

Dia terasa cukup aneh. Apakah mimpi ini alamat buruk baginya? Lalu ditanya kepada seorang alim di kawasannya dan dia mendapatkan jawapan. Sesungguhnya ular yang besar itu adalah maksiat yang banyak dilakukan oleh lelaki itu manakala orang tua berbaju putih itu adalah amal ibadahnya yang sedikit. Amalnya tidak dapat membantunya menghadapi ancaman dari perbuatan maksiat. Tiba2 datang anak kecil menyelamatkannya.. Anak kecil itu adalah sifat sabar lelaki itu yang telah kematian anaknya beberapa lama dahulu..

Dakwah: Ia adalah kewajipan setiap orang Islam. Tiada pekerjaan yang lebih UTAMA di dunia ini selain berdakwah, jika ada pasti Allah telah memerintahkan para Nabi dan Rasul utusanNya untuk melakukan pekerjaan itu.

Dakwahlah dari pelbagai segi yakni dari kata2, perbuatan, penulisan, gaya hidup dan bermacam2 cara lagi. Jalan ke syurga dibuka luas, tinggal kita untuk melaluinya atau tidak.

‎"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan dia lah yang lebih mengetahui siapa yang dapat petunjuk." (An-Nahl 16:125)

Anak-anak gadis suka sangat upload gambar dalam laman sosial, tunjuk aurat, control ayu, pakai seksi, semua tu nak tunjuk cantik & nak pikat laki, biar orang komen "Cantik la awak ni."

Mulalah hidung kembang sampai kaki tak berpijak di bumi. Gelagat dalam hati rasa bangga dengan kelebihan diri. Ingat-ingat, kelebihan tu semua yang Allah bagi, Allah bagi bukan nak lebihkan kamu tapi nk uji, akhirat nanti Allah soal satu persatu, Allah tunjuk segala perbuatan kamu, masa tu dah tiada ruang untuk mengadu, tunggu seksaan menanti kamu. Ingat tu, pakat-pakat delete la ye.
Bukan tak boleh upload, bukan tak boleh tayang, tapi biarlah ia mengikut landasan syariat syarat-syarat yang benar mengikut Islam.

Ya Tuhanku, Engkau Maha Mendengar setiap apa yang tergerak dalam hati hambaMu, pertemukanlah hambaMu ini dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan dan jadikanlah hambaMu ini seorang yang khusyuk dan merendah diri kepadaMu serta tidak segan untuk menitiskan air mata hanya untukMu..

Bumi Palestin adalah bumi yang diberkati, ada sahaja yang syahid di sana setiap hari. Kita di Malaysia tak dapat berjuang menegakkan dan mempertahankan agama bersama saudara2 Islam di Palestin dengan cara berperang dan bermandi darah, namun kita boleh menjadi pejuang Islam dengan memberikan sokongan dari pelbagai bentuk seperti harta, semangat, bekalan dan lain2 lagi. Tanya diri, apakah kita pernah menolong saudara kita di sana? Janganlah sampai di akhirat kita akan didakwa pula.

Manusia sering mengeluh dan merasa rugi bila kehilangan sesuatu barang yang disayanginya, kehilangan masa yang tak digunakan untuk aktiviti yang disukainya.. Tapi kebanyakan dari mereka tak mengeluh dan tak merasa rugi apabila masa umurnya yang ada di dunia ini tidak digunakan untuk beribadah dan melakukan amal jariah untuk bekalan akhirat sana, apatah lagi untuk taat kepada perintah yang Esa. Mereka hanya sedar akan 'masa' itu apabila telah meninggal dunia.

Sebenarnya ramai yang tahu itu dosa ini dosa, tapi mereka masih buat lagi dan tak mahu BERUSAHA meninggalkannya dan tak mahu BERTAUBAT.. kalau tak mahu USAHA tinggalkan maksiat, bagaimana mungkin boleh berubah menjadi seorang yang soleh? hidayah dan taufiq itu Allah akan beri, kita kena usahakan untuk dapatkannya.. jika tak sekarang, bila lagi? takkan nak tunggu hijab kematian terbuka?

Kita sering alpa & leka namun bila datang seseorang menasihati kita. Pandanglah dia dari sudut saudara yang mengambil berat akan diri kita, terima & hargailah apa yang disampaikan. Tidak kira siapa dia kerana kita & dia sama saja. Sedarlah bahawa itu mungkin cara ALLAH untuk meluruskan jalan kita kepadaNYA. Sedarlah bahawa betapa kasih dan sayangnya ALLAH kepada kita dengan mengurniakan seseorang yang tidak pernah lelah mendorong kita ke jalan yang di redhaiNYA :)

Kita tidak dibenarkan membenci seseorang hamba Allah yang Muslim, kerana semua Muslim itu bersaudara.. Yang dibenarkan adalah membenci perbuatan mungkarnya iaitu perbuatan atau sifat yang membuatkannya tidak taat kepada perintah Allah..

Ramai orang mencari pasangan yang baik dan beriman dengan harapan pasangannya itu dapat membimbing diri mereka. Tapi tak ramai pula yang cuba memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang baik dan beriman untuk membimbing pasangan mereka.




Bila kita bagi nasihat atau kata2 untuk kesedaran seseorang itu, pasti mereka akan touching atau sentap.. bagus ada perasaan terasa ni, ia menunjukkan masih ada iman dalam diri.. kalau tak terasa apa2 tu yang bahaya sebab hati dia mati.. tahniah kepada yang ada berasa hati :)


Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk kita memperbaiki amal ibadah serta tidak lagi bergelumang dengan maksiat.

“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti.

Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (H.R. Ibnu Hibban) Al Baihaqi membawakan sebuah fasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadith dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah s.a.w bersabda: الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة “Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (H.R. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadith ini hasan). Muhammad bin Hibban At Tamimi r.hu (yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban) dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadith yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.” Lalu Ibnu Hibban membawakan hadith berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (H.R. Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadith ini hasan) Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: لَا تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ إِلَّا كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ “Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (H.R. Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahawa hadith ini sahih) Dari Fudholah bin ‘Ubaid, Nabi s.a.w bersabda: مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَتْ نُورًا لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالَ رَجُلٌ عِنْدَ ذَلِكَ فَإِنَّ رِجَالًا يَنْتِفُونَ الشَّيْبَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَاءَ فَلْيَنْتِفْ نُورَهُ “Barangsiapa memiliki uban di jalan Allah walaupun hanya sehelai, maka uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat.” Kemudian ada seseorang yang berkata ketika disebutkan hal ini: “Orang-orang pada mencabut ubannya.” Rasulullah s.a.w lantas bersabda, “Siapa saja yang ingin, silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat).” (H.R. Al Bazzar, At Thabrani dalam Al Kabir dan Al Awsath dari riwayat Ibnu Luhai’ah, namun perawi lainnya tsiqoh (terpercaya). Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targib wa At Tarhib mengatakan bahwa hadith ini hasan) Perkataan Nabi s.a.w: “Siapa saja yang ingin, maka silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat)”; tidak menunjukkan bolehnya mencabut uban, namun bermakna ancaman. Rambut uban mana yang dilarang dicabut? Larangan mencabut uban mencakupi uban yang berada di kumis, janggut, alis, dan kepala. (Al Jami’ Li Ahkami Ash Shalat, Muhammad ‘Abdul Lathif ‘Uwaidah, 1/218, Asy Syamilah) Apakah hukum mencabut uban haram atau makhruh? Para ulama Malikiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah berpendapat bahwa mencabut uban adalah makhruh. Abu Dzakaria Yahya bin Syarf An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Mencabut ubat dimakhruhkan berdasarkan hadith dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya. Para ulama Syafi’iyah mengatakan bahawa mencabut uban adalah makhruh dan hal ini ditegaskan oleh Al Ghazali sebagaimana penjelasan yang telah dinyatakan. Al Baghowi dan selainnya mengatakan bahawa seandainya mahu dikatakan haram kerana adanya larangan tegas mengenai hal ini, maka ini juga benar dan tidak mustahil. Dan tidak ada bezanya antara mencabut uban yang ada di janggut dan kepala (iaitu sama-sama terlarang). (Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, 1/292-293, Mawqi’ Ya’sub) Namun jika uban tersebut terdapat di janggut atau pada rambut yang tumbuh di wajah, maka hukumnya jelas haram karena perbuatan tersebut termasuk An Namsh yang dilaknat. Dari Ibnu Mas’ud r.a, Nabi s.a.w bersabda, لعن الله الربا و آكله و موكله و كاتبه و شاهده و هم يعلمون و الواصلة و المستوصلة و الواشمة و المستوشمة و النامصة و المتنمصة “Allah melaknat riba, pemakan riba, orang yang menyerahkannya (nasabah), orang yang mencatatnya dan yang menjadi saksi dalam keadaan mereka mengetahui (bahawa itu riba). Allah juga melaknat orang yang menyambung rambut dan yang meminta disambungkan rambut, orang yang membuat tatu dan yang meminta ditatu, begitu pula orang yang mencabut rambut pada wajah dan yang meminta dicabut.” (Diriwayatkan dalam Musnad Ar Robi’ bin Habib. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahawa hadith ini sahih) Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin r.hu mengatakan, “Adapun mencabut uban dari janggut atau uban dari rambut yang tumbuh di wajah, maka perbuatan seperti ini diharamkan kerana termasuk an namsh. An Namsh adalah mencabut rambut yang tumbuh di wajah dan jenggot. Padahal terdapat hadith yang menjelaskan bahwa Nabi s.a.w melaknat orang yang melakukan An Namsh.” (Majmu’ Fatawa wa Rosa’il Ibnu ‘Utsaimin, 11/80, Asy Syamilah) Kesimpulannya majoriti (jumhur) ulama’ mengatakan hukum mencabut uban adalah makhruh. Namun sebagai seorang muslim yang ingin selalu mengikuti petunjuk Nabinya s.a.w dan agar tidak kehilangan cahaya di hari kiamat kelak, maka seharusnya seorang muslim membiarkan ubannya (tidak perlu dicabut). Dengan inilah dia akan mendapat tiga keutamaan: [1] Allah akan mencatatnya kebaikan, [2] dan menghapuskan kesalahan serta [3] akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.

Saturday, 20 August 2011

BAGAIMANA RASULULLAH BERMESRA DENGAN ISTERI


Sabda Rasulullah SAW: Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Ketika kita menempuh bahtera rumah tangga, ketika kita sedang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya, kita dianjurkan untuk melihat kembali kecintaan kita kepada keluarga Nabi. Dalam memperkuat kecintaan kita kepada keluarga Nabi di dalam mengayuh bahtera keluarga, kita diwajibkan meneladani perilaku kehidupan keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak.

Dalam menggauli dan memperlakukan isteri-isteri Baginda, Rasulullah s.a.w. senantiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isterinya melebihi suami-suami yang lainnya. Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam beliau mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

Kita bayangkan betapa besar penghormatan Rasulullah kepada isterinya sampai ketika beliau hendak melakukan solat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin kepada isterinya pada tengah malam, di saat isterinya memerlukannya. Pada izin Rasulullah itulah tergambar kecintaan dan penghormatan terhadap isterinya.

Nabi adalah sosok yang sangat sabar dalam memperlakukan isterinya. Hal ini terlihat ketika suatu hari ada salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirim kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah Aisyah. Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya pecah dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah hanya mengatakan, “Wahai Aisyah, kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama.”

Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya sampai Rasulullah berkata, “Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT.”

Nabi pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargainya, tidak mengajaknya bicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda, “Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina.” Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang mulia.

Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda.

Tidur dalam satu selimut bersama isteri

Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “kerana saya haid, wahai Rasulullah.” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau.” (Hadis Riwayat Sa’id bin Manshur)

Memberi wangi-wangian pada aurat

Aisyah berkata, “sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Meminta isteri meminyaki badan

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hari Raya ‘Aidil Adha’ setelah beliau melakukan jumrah aqabah.” (Hadis Riwayat Ibnu ‘Asakir)

Mandi bersama isteri

Dari Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut).” (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

Disikatkan oleh isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud: Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah

Minum bergantian pada tempat yang sama

Daripada Aisyah r.a., dia berkata: “Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. ” (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)

Membelai isteri

“Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam ditempatnya. ” (Hadis Riwayat Ahmad)

Mencium isteri

Dari Aisyah r.a, “bahawa Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya.” (Hadis Riwayat Abdurrazaq)

Dari Hafshah, puteri Umar r.a., “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Berbaring di pangkuan isteri

Dari Aisyah r.a., “Nabi s.a.w. biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat Abdurrazaq)

Memanggil dengan panggilan mesra

Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy dan Umairah (pipi merah delima).

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra

Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan. ” (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.” (Hadis Riwayat Nasai)

Memberikan hadiah

Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Segera menemui isteri apabila tergoda

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yg sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w. kepada para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yg perlu dicontohi.

Berkhidmat pada isteri

Salah satu ibadah yang paling besar di dalam Islam adalah berkhidmat kepada isteri. Rasulullah bersabda, “Duduknya seorang lelaki dengan isterinya kemudian membahagiakan isterinya, pahalanya sama dengan orang yang itikaf di masjidku.”

Kita dapat saksikan para jemaah haji ketika tinggal selama seminggu di sana mereka berusaha melakukan itikaf dengan sebaik-baiknya di masjid Nabawi. Kita akan memperoleh pahala yang sama seperti itikafnya para jamaah haji kalau kita duduk bersama isteri dan berusaha membahagiakan, memberikan ketenteraman dan keselesaan kepadanya.

Begitu pula bagi para isteri. Mereka haruslah menjadi seorang isteri seperti Khadijah Al-Kubra. Khadijah adalah sosok isteri yang sangat dicintai oleh suaminya. Selama Rasulullah menikah dengannya, Rasulullah tidak pernah memikirkan the other women beside her, wanita lain di samping Khadijah. Rasulullah hidup dalam suasana yang penuh dengan kecintaan dan kasih sayang.

Cinta kasih Nabi terhadap Khadijah tergambar dalam riwayat berikut ini: Setelah Khadijah meninggal dunia, Rasulullah menikah dengan Aisyah. Suatu hari Rasulullah sedang berada di depan rumah. Tiba-tiba Rasulullah meninggalkan Aisyah menuju kepada seorang perempuan. Rasulullah memanggilnya dan menyuruh perempuan itu duduk di hadapan-nya kemudian mengajaknya berbicara.

Sabda Rasulullah S.A.W. – Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.

Aisyah bertanya, “Siapakah perempuan tua ini?” Rasulullah menjawab, “Inilah sahabat Khadijah dulu.” Lalu Aisyah berkata, “Engkau sebut-sebut juga Khadijah padahal Allah telah menggantikannya dengan isteri yang lebih baik.”

Ketika itu marahlah Nabi sampai bergoncang rambut di atas kepalanya. Lalu beliau berkata, “Demi Allah, tidak ada yang dapat menggantikan Khadijah. Dialah yang memberikan kepadaku kebahagiaan ketika orang menghinaku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberikan seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya. ” Mendengar itu Aisyah tidak dapat memberikan jawaban. Hadis ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim.

Dalam ucapan Rasulullah itu, selain terkandung kecintaan Rasul terhadap Khadijah, juga terkandung kebaktian Khadijah terhadap suaminya. Khadijahlah yang menghibur suaminya ketika dalam perjuangan dilanda berbagai penderitaan. Khadijahlah yang mengorbankan seluruh hartanya ketika suaminya memerlukan. Khadijahlah yang mendampingi suaminya dalam suka dan duka. Sehingga Rasul berkata, “Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan Khadijah.”

Kepada para isteri, jadilah seperti Khadijah yang setiap saat rela mengorbankan apa pun demi kebahagiaan suami. Yang di saat-saat suami ditimpa duka dan kesusahan siap berdiri di sampingnya, memberikan hiburan dan kebahagiaan kepadanya dengan seluruh jiwa dan raga.

Kebaktian kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama. Sampai Rasulullah bersabda, “Kalau seorang perempuan memberikan setitis minum kepada suaminya atau memindahkan barang dari rumahnya ke tempat yang lain untuk membahagiakan suaminya, maka pahalanya sama dengan melakukan ibadah satu tahun.” Oleh sebab itu, hormatilah suami. Berikan kepadanya penghormatan yang sepenuhnya dan berikanlah kecintaan yang sepenuhnya. Insya Allah, Tuhan akan berkati keluarga yang seperti demikian.

APA KATA RASULULLAH TENTANG WANITA DAN ISTERI

1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan iaitu wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim)

2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya,maka iaa dalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad,Thabrani dan Hakim)

3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung.

4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)

5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari khiamat, tiada nur baginya.(Riwayat Termizi)

6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)

7. Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya. (Riwayat Muaz bin Jabal)

8. Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syuga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.

Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz bin Jabal)

9. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.

10. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Nilai Kasih Sayang Rasulullah S.A.W kepada siti Khadijah


Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,

"Wanita mereka yang terbaik adalah Maryam. Dan wanitanya yang terbaik adalah Khadijah."

Hal ini diperkuatkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bazzaar dan at-Thabraani daripada Ammar bin Yasir, Rasullulah S.A.W bersabda,

"Khadijah melebihi wanita-wanita umatku sebagaimana Maryam melebihi wanita-wanita seluruh dunia."

Imam Bukhari juga meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata,

"Aku tidak pernah cemburu kepada seorang pun isteri Rasulullah S.A.W seperti cemburuku kepada Khadijah. Dia memang sudah meninggal dunia sebelum baginda mengahwini aku. Tetapi aku cemburu kerana aku mendengar baginda menyebut-nyebutnya, dan baginda diperintahkan oleh Allah supaya memberinya khabar gembira bahawa dia mendapat sebuah istana di syurga, juga kalau baginda menyembelih kambing, baginda menghadiahkan dagingnya kepada teman-teman khadijah."

Imam Bukhari juga meriwayatkan kata-kata abu Hurairah bahawa pada satu ketika Malaikat Jibril mendatangi Rasulullah S.A.W. Dia berkata,

"Wahai Rasulullah, Khadijah sudah datang membawa makanan dan minuman. Kalau dia sudah tiba, sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan daripadaku, khabarkan kepadanya sebuah istana yang diperbuat daripada intan permata sudah disediakan untuknya.

Imam Nawawi menjelaskan hadis-hadis ini adalah dalil kesetiaan, lambang cinta kasih dan penghormatan Rasulullah S.A.W kepada teman hidupnya sama ada semasa hidupnya mahupun setelah kematiannya.

Ya Allah, Engkau adalah tuhanku,
tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau
Engkaulah yang menciptakan ku
Aku adalah hambaMu,
aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku

Aku berlindung kepadamu dari kejahatan yang kuperbuat,
Aku mengakui nikmatMu dan aku mengakui dosaku,
Oleh kerana itu, ampunilah daku,
Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau..

TEKS KHUTBAH WADA’


Berikut ini adalah teks Khatbah Wada’:

“Wahai manusia dengarkanlah apa yang hendak kukatakan. Mungkin sehabis tahun ini, aku tidak akan bertemu lagi dengan kalian ditempat ini untuk selama-lamanya…. Hai manusia, sesungguhnya darah dan harta benda kalian adalah suci bagi kalian (yakni tidak boleh dinodai oleh siapa pun juga) seperti hari dan bulan suci sekarang ini di negeri kalian ini. Ketahuilah, sesungguhnya segala bentuk perilaku dan tindakan jahiliah tidak boleh berlaku lagi. Tindak pembalasan jahiliah seperti itu yang pertama kali kunyatakan tidak berlaku ialah tindakan pembalasan atas kematian Ibnu Rabi’ah Ibnul Harits.

Riba jahiliah tidak berlaku dan riba yang pertama kunyatakan tidak berlaku adalah riba Abbas bin Abdul Muththalib. Sesungguhnya, segala macam riba tidak boleh berlaku lagi….

Hai manusia, di negeri kalian ini, setan sudah putus harapan sama sekali untuk dapat disembah lagi. Akan tetapi, ia masih menginginkan selain itu. Ia akan merasa puas bila kalian melakukan perbuatan yang rendah. Karena itu, hendaklah kalian jaga baik-baik agama kalian….!

Hai manusia, sesungguhnya menunda berlakunya bulan suci akan menambah besarnya kekufuran. Dengan itulah, orang-orang kafir menjadi tersesat. Pada tahun yang satu mereka langgar dan pada tahun yang lain mereka sucikan untuk disesuaikan dengan hitungan yang telah ditetapkan kesuciannya oleh Allah. Mereka kemudian menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah.

Sesungguhnya, zaman berputar, seperti keadaannya pada waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun adalah dua belas bulan. Empat bulan di antaranya bulan-bulan suci. Tiga bulan berturut-turut: Dzulqa’idah, Dzulhijjah, dan Muharram. Bulan Rajab adalah antara bulan Jumadil Akhir dan bulan Sya’ban….

Takutlah kepada Allah dalam memperlakukan kaum wanita karena kalian mengambil mereka sebagai amanat Allah dan kehormatan mereka dihalalkan bagi kalian dengan nama Allah. Sesungguhnya, kalian mempunyai hak atas para istri kalian dan mereka mempunyai hak atas kalian. Hak kalian atas mereka adalah sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kalian sukai ke dalam rumah kalian. Jika mereka melakukan hak itu, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak membahayakan. Adapun hak mereka atas kalian ialah kalian harus member nafkah dan pakaian kepada mereka secara baik.

Karena itu, perhatikanlah perkataanku itu: Wahai manusia, sesungguhnya telah aku sampaikan. Aku tinggalkan sesuatu kepada kalian yang jika kalian pegang teguh, kalian tidak akan tersesat selama-lamanya, yaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

Wahai manusia, dengarkanlah dan taatlah sekali pun kalian diperintah oleh seorang hamba sahaya dari Habasyah yang berhidung gruwung selama ia menjalankan Kitab Allah kepada kalian.

Berlaku baiklah kepada para budak kalian. Berilah mereka makan apa yang kalian makan dan berilah pakaian dari jenis pakaian yang sama dengan yang kalian pakai. Jika mereka melakukan suatu kesalahan yang tidak bisa kalian maafkan, juallah hamba-hamba Allah itu dan janganlah kalian menyiksa mereka.

Wahai manusia, dengarkanlah perkataanku dan perhatikanlah! Kalian tahu bahwa setiap muslim adalah saudara bagi muslim lain dan semua kaum muslimin adalah saudara. Seseorang tidak dibenarkan mengambil dari saudaranya kecuali yang telah diberikan kepadanya dengan senang hati. Karena itu, janganlah kalian menganiaya diri sendiri.

Ya Allah, sudahkah kusampaikan?

Kalian akan menemui Allah, maka janganlah kalian kembali sesudahku menjadi sesat, sebagian kalian memukul tengkuk sebagian yang lain. Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir, barangkali sebagian orang yang menerima kabar (tidak langsung) lebih mengerti dari pada orang yang mendengarnya (secara langsung). Kalian akan ditanya tentang aku, maka apa yang hendak kalian katakana?

Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahwa engkau telah menyampaikan (risalah), telah menunaikan amanat dan member nasehat.”

Kemudian seraya menunjuk ke arah langit dengan jari telunjuknya, Nabi Muhammad Saw bersabda, “Ya Allah, saksikanlah (tiga kali).”[1]