the best arabic songs
Friday, 27 January 2012
Apa yg Lelaki Suka & Tak Suka
Lelaki suka:
-Sikap kelakar
-Budi pekerti dan kesopanan
-Murah hati
-Senyuman manja
-Pandai memasak
-Pandai dalam mengenakan pakaian
-Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
-Tak mudah naik angin
-Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
-Tak terlalu seksi dalam berpakaian
-“Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
-Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
-Berwawasan atau bercita-cita tinggi
-Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
-Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam -situasi yang tertekan.
-Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
-Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
-Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
-Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
-Sikap keibuan
-Sukakan kanak-kanak
-Suara lembut tanpa dibuat-buat
-Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
-Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
-Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
-Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki -tersebut
-Tahu bersyukur
-Pandai berjimat-cermat
-Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
Lelaki Tak Suka:
-Wanita yang suka mengumpat
-Sombong dan bongkak
-Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
-Hisap rokok
-“Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
-Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
-Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
-“Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
-“Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
-Wanita yang hipokrit
-Pembohong dan suka mencari alasan
-Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
-Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
-Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
-Pengotor dan pemalas
-Tak bertanggungjawab langsung
-Tak pandai mengemas
-Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
-Kuat berleter walau hal remeh temeh
-Boros berbelanja
-Tak tahu memasak
-memuji lelaki lain
-Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
-“Queen Control” atau suka mengarah-arah
-Tak pandai bergaya atau selekeh
-Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
-Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
-Panas baran
-Kuat merajuk dan sukar dipujuk
-Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
-Tak mahu mengakui kesilapan dan ego
Panglima Rom yang bertaubat
Dalam kegemparan terjadinya peperangan Yarmuk, salah seorang panglima Rom yang bermana George memanggil Khalid bin Walid.
Kedua orang panglima itu saling hampir sehingga kedua kepala kuda mereka saling bertemu.
Kepada Khalid, George bertanya: "Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikitpun, kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta, dan jangan pula kamu menipuku, karana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah."
"Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan," kata Khalid.
"Apakah Allah menurunkan kepada Nabi-Nya Muhammad SAW sebuah pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu sehingga jika kamu pakai pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?"
"Tidak!" Jawab Khalid.
"Apakah sebabnya kamu digelar dengan Saifullah (Pedang Allah)?" Tanya George.
Khalid menjawab: "Ketika Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW, seluruh kaumnya sangat memusuhinya termasuk juga aku, aku adalah orang yang paling membencinya. Setelah Allah SWT memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah SAW menerimaku dan memberi gelaran kepadaku "Saifullah" (pedang Allah)."
"Jadi tujuan kamu berperang ini untuk apa?" Tanya George. "Kami ingin mengajak kamu supaya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah dan kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW itu adalah benar." Jawab Khalid.
George bertanya: "Apakah hukumannya bila orang itu tidak mahu menerimanya?"
Jawab Khalid: "Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka kami tidak akan memeranginya."
"Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?" Tanya George.
"Kami akan mengumumkan perang kepadanya," kata Khalid bin Walid.
George bertanya: "Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?"
Khalid menjawab: "Di hadapan Allah SWT, kita akan sama semuanya, baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang dahulu mahu pun yang kemudian masuk Islam."
"Apakah orang dahulu masuk Islam kedudukannya akan sama dengan orang yang baru masuk?" Tanya George.
Khalid menjawab: "Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi kedudukannya dari orang yang terdahulu, sebab kami yang terlebih dahulu masuk Islam, menerima Islam itu ketika Rasulullah SAW masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada baginda. Sedangkan orang yang masuk Islam kemudian tidak menyaksikan apa yang telah kami saksikan. Oleh kerana itu siapa saja yang masuk Islam yang datang terakhir maka dia akan lebih mulia kedudukannya, sebab dia masuk Islam tanpa menyaksikan bukti-bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dahulu."
George bertanya: "Apakah yang kamu katakan itu benar?" "Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,"jawab Khalid.
George berkata: "Kalau begitu aku akan percaya kepada apa yang kamu katakan itu, mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku tentang Islam."
Lalu Khalid bin Walid membawa George ke dalam khemahnya, kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk menyuruh George bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat.
Ketika Khalid bersama dengan George masuk ke dalam khemah, maka tentera Rom mengadakan serangan besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam.
Setelah selesai mengerjakan solat, maka Khalid bin Walid bersama dengan George dan kaum Muslimin lainnya meneruskan peperangan sehingga matahari terbenam dan semasa itu kaum Muslimin mengerjakan solat Zohor dan Asar dengan isyarat saja.
Dalam pertempuran itu, George yang telah bergabung dengan barisan kaum Muslimin itu terbunuh, dan dia hanya baru mengerjakan solat dua rakaat bersama dengan Khalid bin Walid.
Walaupun demikian, ia telah menyatakan keIslamannya dan berjanji untuk tidak akan kembali lagi kepada agama lamanya.
Semoga Allah menempatkan George ke dalam golongan orang-orang yang mati syahid. Amin.
KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR
Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Pelbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia saja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.
Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.
Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"
Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."
Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."
Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.
Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Uwais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."
Wali Allah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"
Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."
Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal.
Wallahu a'alam.
kisah wali Allah(Kisah Benar)
Pada zaman dahulu di sebuah daerah di kota Baghdad ada seorang perompak yang sangat terkenal.Kehidupannya hanyalah bergantung kepada hasil rompakan sahaja.Tidak ada seorang pun yang berupaya menghalang dia daripada melakukan perbuatan keji itu.
Pada suatu malam, perompak itu telah berjaya memasuki sebuah rumah. Dia menyangka akan mendapat hasil yang banyak dari dalam rumah itu.Setelah puas dia menggeledah rumah itu, malangnya dia tidak menjumpai sesuatu apapun yang berharga.Apa yang didapatinya adalah sebuah beberapa bungkusan kain.Diapun mengumpulkan kesemua bungkusan tersebut untuk dibawa keluar.
Setelah penat dia memunggah bungkusan-bungkusan itu,dia terasa terlalu penat lalu dia berehat.Tatkala matanya hampir terlelap, dia terdengar bunyi orang masuk ke dalam rumah itu.Dia berasa terlalu takut lalu mencari tempat perlindungan, malangnya rumah itu tiada tempat yang boleh dijadikan tempat perlindungan.Maka dia cuma mendiamkan dirinya di dalam kegelapan rumah itu.Dari tempat dia berdiri, dia ternampak seorang lelaki tua masuk ke dalam sambil memegang sebuah lampu di tangannya.Oleh kerana rumah itu kecil dan diterangi pula dengan lampu akhirnya tuan rumah itu ternampak perompak itu berdiri di satu sudut di dalam rumahnya.
Tuan rumah itu mempelawa perompak itu duduk, pada mulanya dia berasa takut tetapi kerana lelaki tua itu terlalu baik dan lemah lembut serta berjanji untuk menolongnya mengangkut bungkusan itu barulah dia berasa senang dan gembira.
Kata orang tua itu “Bungkusan kain baju ini takkan boleh engkau angkut seorang diri, lebih baik kita jadikan dua bungkusan besar”.Kemudian engkau pikul satu bungkusan dan aku pikul satu bungkusan.
Perompak itu berkata pula “Baiklah tetapi biarlah aku memikul bungkusan yang besar kerana aku yang mula-mula masuk ke dalam rumah ini”.
“Baiklah” sahut orang tua itu lalu mereka pun keluar dari rumah itu.Setelah agak lama berjalan, orang tua itu terasa terlalu penat memikul bungkusan yang berat itu.Dia berjalan perlahan-lahan mengikuti perompak itu.Apabila dia melihat orang tua berjalan terlalu lambat, dia terus menengking orang tua itu “Hey!!Orang tua,cepat lah sikit.Kita mesti sampai ke tempat aku sebelum matahari naik.Kalau tidak kita berdua pasti akan di tangkap.”
Tanpa menghiraukan keadaan orang tua itu, perompak itu terus berjalan dengan lebih pantas meninggalkan orang tua itu jauh di belakang.Orang tua itu cuba mengejarnya tetapi dia tidak berdaya.Bahkan kerapkali terjatuh.Akhirnya mereka sampai juga ke tempat persembunyian perompak itu.Maka perompak itu berkata “Sekarang kita telah sampai.Hai!!!orang tua, kau ambillah bahagian engkau dan pergi dari sini.”Sambil merenung muka perompak itu orang tua itu berkata “Hai!!!anak muda, ambillah engkau ke semua barang itu.Aku tidak memerlukannya.Sebenarnya rumah yang engkau masuki tadi adalah rumah aku.Aku fikir engkau tentulah orang yang miskin hingga terpaksa menjadi pencuri.Aku harap barang-barang ini kelak akan meringgankan sedikit bebanan engkau.Sekarang engkau telah pun tahu rumah aku, apabila memerlukan bantuan datanglah ke rumah aku”.
Setelah orang tua pergi dari situ, pemuda itu menjadi tercenggang seolah-olah tidak percaya apa yang berlaku sebentar tadi.Dia bergitu hairan memikirkan kebaikan orang tua yang luar biasa itu.
“Apakah benar apa yang aku alami ini.Aku telah memasuki rumahnya dan mengambil barang-barangnya lalu dia datang pula menolong aku.Setelah itu, dia menjemput aku datang ke rumahnya jika aku perlukan bantuannya lagi.Ah!!!!!.......pelik sungguh orang itu,bisik hati kecilnya”.
Setelah sekian lama dari kejadian yang lalu, perompak itu pergi semula ke rumah orang tua itu pada waktu siang.Sebaik sahaja dia sampai di halaman rumah orang tua itu,, dia ternampak seorang lelaki sedang memotong kayu, lalu dia pun bertanya “ Wahai saudara, saya ingin tahu siapakah tuan punya rumah ini?”.Sambil tersenyum lelaki itu menjawab “Wahai saudara, saya kira saudara tentunya datang dari daerah luar kerana semua penduduk disini hingga kanak-kanak pun tahu rumah ini adalah rumah seorang wali Allah bernama Junaid”.
Sebaik sahaja dia mendengar nama itu, lantas dia pun menyesal di atas segala perbuatannya terhadap wali itu .Tanpa berlengah lagi ,dia terus masuk ke rumah ke dalam rumah wali itu untuk meminta maaf.Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah itu , dia terus sujud di kaki wali Allah Junaid sambil menangis.Dengan tersenyum, wali Allah Junaid terus memaafkannya.Sebagai berkat kemaafannya dan sikapnya yeng penyantun akhirnya dia telah menjadi seorang yang soleh dan bertakwa.Tidak mungkin seorang yang jahat itu akan kekal jahat.Jikalau Allah menghendaki dia jadi baik, insyaAllah akan menjadikannya orang baik malah lebih baik.
Doa Seorang adik
Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin.
Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.
Suatu ketika si abang berdoa memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat digunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya untuk memudahkan mereka pergi mengaji. Allah mengabulkannya. Tidak lama kemudian sebuah kereta dapat beliau miliki hasil daripada bonus pekerjaannya.
Lalu si Abang berdoa memohon seorang isteri yang sempurna. Lalu Allah mengabulkan permintaannya. Tidak lama kemudian si abang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik budi bahasa serta perangainya.
Kemudian berturut-turut si Abang berdoa memohon kepada Allah akan sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang menyenangkan, dan lain-lain lagi dengan tekad supaya beliau lebih mudah untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Dan Allah mengabulkan semua doanya itu.
Sementara itu, si Adik tidak ada perubahan sama sekali. Hidupnya masih sama seperti dahulu. Tetap sederhana. Masih lagi tinggal di rumah peninggalan orang tuanya yang suatu ketika dulu pernah menempatkan beliau bersama dengan abangnya. Namun kerana abangnya seringkali sibuk dengan pekerjaannya, beliau tidak dapat mengikuti pengajian dan si Adik pula seringkali berjalan kaki untuk mengaji ke rumah guru mereka.
Suatu ketika si Abang merenung dan membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup adiknya, dan dia teringat adiknya selalu membaca selembar kertas apabila beliau berdoa; menunjukkan adiknya tidak pernah menghafal bacaan untuk berdoa.
Lalu datanglah si Abang kepada adiknya untuk menasihati adiknya supaya selalu berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh untuk membersihkan hatinya kerana dia merasakan yang adiknya masih berhati kotor sehingga doa-doanya tidak dikabulkan oleh Allah S.W.T.
Si Adik berasa terharu dan bersyukur sekali mempunyai abang yang begitu menyayanginya, dan dia mengucapkan terima kasih kepada abangnya atas nasihat yang berguna itu.
Hingga suatu saat si Adik meninggal dunia. Si Abang terasa sedih kerana sehingga sampai ke akhir hayat adiknya itu masih tidak ada perubahan pada nasibnya. Jadi beliau merasa bimbang kalau adiknya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya kerana doanya yang tidak pernah dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
Si Abang menguruskan rumah peninggalan orang tuanya sesuai dengan amanah adiknya untuk dijadikan sebuah masjid. Tiba-tiba matanya tertumpu pada selembar kertas yang terlipat di dalam sejadah yang biasa dipakai oleh adiknya yang berisi tulisan doa. Diantara tulisan tersebut ialah surah Al-Fatihah, Solawat, doa untuk guru mereka, doa selamat dan ada kalimah di akhir doanya:
“Ya Allah. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Mu. Ampunilah aku dan abangku. Kabulkanlah segala doa abangku, bersihkanlah hatiku dan berikanlah kemuliaan hidup untuk abangku didunia dan akhirat.”
Si Abang berlinang air mata dan haru-biru memenuhi dadanya. Beliau terharu dan tidak pernah menyangka yang adiknya tidak pernah sekalipun berdoa untuk memenuhi nafsu duniawinya.
Moral daripada kisah ini ialah mungkin kejayaan kita pada hari ini adalah doa orang-orang yang sayangkan kita. Jadi janganlah kita berasa sombong dan megah.
RAHSIA CINTA SEORANG HAWA
Assalamualaikum……
Bicaraku kali ini adlh tentang hakikat cinta HAWA…ya tentang cinta mmg tidak akn pernah habis dibicarakan….Aku bukan pujangga yg hebat dalam membahas tentang cinta. Aku ingin bicara atas nama wanita. Wanita adalah makhluk yg sempit akal dan mudah terbawa-bawa emosinya…sangat mudah bg golongan adam utk membuat golonganku bermimpi.
Tolong..berhentilah memberi angan-angan kpd kami. Mungkin kami akn memuncung tika di sapa, atau membuang muka kalau di puji. Tetapi sejujurnya, ada perasaan bangga. Bukan suka kpd kamu (mungkin)tetapi suka kerana diperhatikan lebih.
Di antara kami, ada golongan hawa yg pandai menjaga diri. Tetapi tidak semua kami mempunyai hati yg suci. Oleh itu kpd golongan adam....jangan kamu tawarkan sebuah ikatan bernama ta'aruf bila kamu benar-benar belum bersedia akan situasinya. Sebuah ikatan yg tidak pasti yg boleh jd berumur tidak Cuma dalam hitungan bulan tetapi menginjak usia tahun, tanpa kepastian bila akan dipastikan. Seringkali .....persahabatan itu dibungkus label 'ukhwah fillah' dan seringkali jg persahabatan antara golongan hawa dan adam ini dijangkiti virus yg bernama 'rasa' dan 'makna'...kerana tiada suatu hubungan pun yg tidak berkait dgn soal 'rasa' .
Sebelum kamu memutuskan untuk mendatangi kami...jwb dulu pertanyaan ini dgn jujur. Setelah tiga bulan kamu mendatangi dan menyatakan cinta, kamu masih belum bersedia mengikrarkan dlm sebuah pernikahan??atau kamu masih memerlukan masa yg lebih lama dan meminta kami menunggu dgn alasan yg tidak syar'i dan terlalu duniawi....jika jwpn kamu YA, bermakna kamu lebih 'hebat' dan 'berani' daripada Saidina Ali. Dia hanya berani mengatakan cinta kepada Fatimah, setelah menikah. Ali.. Pemuda kesayangan Rasulullah s.a.w tetap menunggu waktu bertahun-tahun untuk mengatakannya. Bukan kerana pengecut, tetapi kerana dia adalah lelaki kualiti syurga.
Tolong, kami tidak ingin menyakiti hati calon suami kami yg sebenarnya. Mereka berusaha menjaga hijab, agar datang kpd kami dalam keadaan suci hati, tetapi kami malah menjaja cinta kepada lelaki yg belum tentu menjadi suami kami. Atau kamu sekarang sudah berani menjamin bahawa kamu adlh calon suami kami yg sebenarnya???.maaf... wanita itu lemah dan mudah ditaklukkan. Sebagai saudara kami, tolong..jagalah kami. Kerana kami jd lemah dgn surat cinta kalian.
Bukankah akn lebih indah bila kita bertemu dgn jalan yg diberkati-Nya? Bukankah lebih membahagiakan bila kita dipertemukan dlm situasi yg diredhai-Nya?
Bukan Cuma saat menikah, tetapi saat pertemuan yg juga bebas dari maksiat. Allah maha Pencemburu Dia maha Memiliki kami..maka mintalh kepada-Nya sebelum mendatangi kami.
Akhir kalam....
Tentang jodoh..aku takkan runsingkannya lagi, seperti halnya takdir lahir dan takdir mati. Takkan mengundur dan ke depan sedikit pun. Aku yakin ssorang di sana telah diciptakan Allah khusus utkku. Bukankah manusia diciptakan berpasang-pasangan. Mungkin dia, mungkin jg bkn. Bila dia adalah ikhwan yg baik bagiku, namun Allah tak izinkan dia utk menikahiku, maka aku yakin Allah telah menyediakan ikhwan yg jauh lebih baik daripda dia utkku. Kerana aku tahu Allah takkn pernah mengecewakanku.
Tentang dia...dia mungkin telah tersedar telah mensia-siakan waktunya utkku...ya,jalan itu masih panjang....dan dia pun memilih mencintai Kekasih Sejati daripada diriku..subhanallah..bagaimana mungkin aku tidak semakin mencintai dia.....dan jelaslah bahawa dia berhak mendapatkn wanita yg jauh lebih baik daripadaku...kudoakan semoga dia dikurniakan isteri yg solehah, yg jauh lebih baik daripada yg pernah di bayangkan sebelumnya...kerana Allah takkn pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya.
"Ya ALLAH aku memohon kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, dan cinta kepada orang-orang yg mencintai-Mu, juga kpd amal perbuatan yg akan mendekatkan diriku untuk lebih mencintai-Mu.."
UnTuK YaNg TeRCiNtA
Aku menerimamu
Kerana cintamu pada-Nya
Aku mengasihimu kerana
Kasihmu pada-Nya
Adakah aku kau pilih
Kerana pilihan-Nya untukmu?
Terimalah aku bukan kerana mahar
Yang kau beri padaku
Bukan jua kerana cintamu padaku
Melebihi cintamu pada-Nya
Tetapi kerana aku adalah
Perempuan yg dijodohkan-Nya untkmu
Kasihilah aku...sayangilah aku..
Kerana ketaatanmu pada-Nya
Moga mahligai yg dibina
Direstui...diberkati...
Hingga ke syurga...
"AkU MeNciNTaiMu KeRaNa aGaMa Yg AdA PaDaMu..JiKa KaU HiLaNgKaN aGaMa DaLaM DiRiMu MaKa HiLaNgLaH CiNTaKu PaDaMu..."
APA KHABARMU DISANA AYAH?
Salam ingatan penuh kerinduan buatmu ayah...lebih sedekad lalu dirimu pergi meninggalkan diri ini, tetapi ingatan padamu ayah tidak pernah luput dari hati ini...malah tetap segar sesegar embun pagi...kerinduan ini tidak akan ternoktah sehinggalah kita bertemu kembli...di akhirat nan abadi..
Ayah,bagaimana keadaanmu di sana???kami hadapkan ayah ke arah kiblat, apakah ayah masih seperti itu atau telah berubah??
Ayah, kami kafani ayah dengan kafan yang terbaik, masih elokkah kain kafan itu, atau telah tercarik-carik???
Ayah, kami letakkan ayah di dalam kubur dengan badan yang utuh, apakah masih sedemikian keadaannya atau cacing tanah telah menyantapmu ayah??
Ulama' mengatakan bahawa mereka yang mati akan diganti kain kafannya dengan kain kafan dari syurga atau dari neraka..kain kafan dari mana ayah perolehi???
Ulama juga mengatakan bahawa hamba yg mati akan di tanya imannya...ada yg mampu mnjawabnya dan ada jg yg tak mampu menjawabnya...bagaimana denganmu ayah???adakah imanmu mampu bersuara di saat-saat genting itu??ataukah ayah tak berdaya?
Ulama' mengatakan bahawa kubur sebagai taman syurga atau jurang menuju neraka. Kubur kadang membelai mayat umpama kasih ibu, atau terkadang menghimpitnya sehingga tulang belulang berserakan...apakah dirimu di belai atau di marahi, duhai ayah???
Ayah, kata ulama', orang yg dikebumikan menyesal mengapa tidak memeperbanyakkan amal baik, orang yg ingkar menyesal dgn himpunan maksiatnya. Apakah ayah menyesal kerana kejahatanmu atau kerana amal baikmu yg sedikit??
Ayah?jika dulu aku memanggilmu, ayah menyahut..kini aku memanggilmu di atas kuburmu, lalu mengapa aku tak mampu mendengar sahutanmu, ayah???
Ayah,dirimu sudah tiada kini...anakmu ini sudah tidak boleh menemuimu lagi sehingga hari kiamat nanti....ya Allah, janganlah Kau rintangi pertemuanku dengan ayahku di akhirat nnt....
Doa anakmu ini sntiasa mengiringi pemergianmu ayah...Semoga rohmu di cucuri Rahmat dari-Nya dan tergolong dalam golongan muttaqin..ameen..sesungguhnya kami memasuki syurga-Mu hanya dgn rahmat dan kasih sayang-Mu Tuhan...
Subscribe to:
Posts (Atom)






