the best arabic songs

Monday, 11 July 2011

~INGAT TEMAN2~

Org yg ber‘sms’ dengan kekasihnya beralasan,"ala,mesej je,tak dgr suara pun!"

Org yg ‘call’ mendengar suara pula berkata,"ala,tak jumpa pun!"

Org yg berjumpa dgn kekasihnya memberi alasan,"ala,tak pegang-pegang pun!"

Org yg berpegang-pegang pula berkata,"ala,bukannya berzina pun!"

Org yg berzina pula masih ada alasan,"takdelah sampai mengandung!"

Begitulah liciknya syaitan!Nauzubillah min zalik!

Tuesday, 5 July 2011

183. Mati Dalam Perbuatan Syirik

Kategori : AKIDAH TauhidIman

Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:“Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari qiamat pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya”


Riwayat Hadith At-Tarmizi


Huraian

1. Umat Islam dilarang menangguh-nangguh dan berlambat-lambatkan amal ibadat yang diamanahkan kepada mereka.
2. Kekayaan dan kemiskinan tidak menghalang seseorang itu menambah amalan untuk beribadat kepada Allah kerana kekayaan dan kemiskinanan merupakan satu dari ujian kehidupan.
3. Terdapat setengah golongan yang menjadi sibuk dan leka dengan kekayaan dan ada pula menjadi kufur disebabkan hidup menjadi fakir.

Friday, 24 June 2011

bahebak moot-Yuri mrakadi...

Bahebak moot
I love you to death

W ah nefsi aoolak aali gowaya
And ohh I want to tell you what I feel inside

W law taaraf ha tebaa ya omri wayaya
And once you know I'm sure you'll always be with me

W yama halamt yebaa li boaadena nehaya
And how I've dreamed for the end to this distance between us

Bahebak moot
I love you to death

Bahebak moot
Laila f orbak enta b kol donyaya
A night with you is worth the world to me

W law faker hateegi eteool keda kfaya
And if you were to say you're coming, that's enough

Mafeesh ghairak habeebi roohi w hawaya
There is no other but you, my soul, my love

Bahebak moot

Wana laih boaadak medawebni
And why is your distance melting me

W law aih meen al keda tsebni
And why do you leave me due to what people say

W haram da el shooa maazebni
That's so wrong, the longing is torturing me

W kalamo kolo aalaik
And everything I say is about you

Layaleek heya ely baayali
The nights we spent are all I have left

Wala fee baadak habeebi ghali
I haven't been with another after you, my precious

W ya rait law youm teoolha ley
And if only someday you will say it..

Gaylak w hases beek
I'm coming and I feel for you

Bahebak moot
W ah nefsi aoolak aali gowaya
W law taaraf ha tebaa ya omri wayaya
W yama halamt yebaa li boaadena nehaya
Bahebak moot

Wana laih boaadak medawebni
W law aih meen al keda tsebni
W haram da el shooa maazebni
W kalamo kolo aalaik
Layaleek heya ely baayali
Wala fee baadak habeebi ghali
W ya rait law youm teoolha ley
Gaylak w hases beek

Bahebak moot
W ah nefsi aoolak aali gowaya
W law taaraf ha tebaa ya omri wayaya
W yama halamt yebaa li boaadena nehaya
Bahebak moot

Bahebak moot
Laila f orbak enta b kol donyaya
W law faker hateegi eteool keda kfaya
Mafeesh ghairak habeebi roohi w hawaya
Bahebak moot

Bahebak moot
W ah nefsi aoolak aali gowaya
W law taaraf ha tebaa ya omri wayaya
W yama halamt yebaa li boaadena nehaya
Bahebak moot

Bahebak bahebak
Bahebak bahebak
Bahebak moot

Tuesday, 21 June 2011


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk.

~pEringaTan kepAdA saya..dan perkongsiAn utk semUa.~

Thursday, 16 June 2011

DIALOG RASULULLAH SAW DENGAN IBLIS LAKNATULLAH....

DIRIWAYATKAN oleh Muaz bin Jabal daripada Ibnu Abbas r.a:"ketika kami sedang duduk dan berbincang bersama-sama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansyar,terdengar suatu panggilan seseorang dari luar rumah:
"Wahai penghuni rumah,bolehkah aku masuk???
Rasulullah bersabda:"Tahukah kalian siapa yang memanggil???"Kami menjawab:Allah dan Rasulnya lebih tahu."Baginda menjelaskan bahawa diluar itu ialah iblis lakknatullah.Umar bin Khattab mencelah:"Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah!"Nabi menahannya sambil mengatakan bahawa Allah memberinya(ibis)kesempatan terus hidup sehingga harii kiamat...
"Lebih baik bukakan pintu untuknya sebab dia telah diperintahkan untuk itu....Fahamilah apa yang hendak dikatakannya dan dengar baik-baik!".
sabda Nabi Muhammad...
Ibnu Abbas r.a berkata:"apabila pintu dibuka,ternyata dia kelihatan seperti seorang lelaki tua yang cacat sebelah matanya.Di janggutnya terdapat tujuh helai rambut seperti rambut kuda,taringnya seperti taring babi dan bibirnya seperti bibir lembu....
Iblis berkata:"Salam untukmu Muhammad.Salam untukmu para hadirin."Rasulullah menjawab "Salam hanya milik Allah SWT .Sebagai makhluk terlaknat,apa yang kamu mahu?".
Iblis menjawab:"Wahai Muhammad aku datang kesini bukan atas kehendakku,namun kerana terpaksa "."Siapa yang memaksamu??Tanya Rasulullah."Seorang malaikat utusan Allah menemuiku sambil berpesan:"Allah SWT memerintahkan untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri.Beritahu Muhammad tentang caramu menggoda manusia....Jawablah dengan jujur semua prtanyaannya..Demi kebesaran Allah,Andai kau berdusta satu kali saja,maka Allah akan menjadikan engkau bagai debu yang ditiup anggin"...
Aku sekarang sudah berada di depanmu,tanyalah apa yang mahu kau tanyakan...Jika aku berdusta,aku akan dicaci oleh setiap musuhku.Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpakuu selain daripada cacian musuh"...

ORANG YANG PALING DIBENCI IBLIS...
Rasulullah SAW lalu bertanya:"siapa manusia yang paling kau benci??"
Iblis segera menjawab:"kamu,kamu dan makhluk ALLAH yang paling aku benci.."
"siapa selepas itu??"tanya rasulullah ..
"pemuda yang brtakwa kepada ALLAH SWT.."
Lalu siapa lagi??
"Orang yang alim dan warak.."
"selepas itu siapa lagi??"
"orang yang selalu bersuci(dalam keadaan ada air wuduk).."
"siapa lagi??"
"seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluh kerana kedaifannya kepada orang lain...
"Apa tanda kesabarannya ??"
"Wahai Muhammad,jika ia tidak mengeluh kerana kedaifannya kepada orang lain selama tiga hari,Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar"...
"selanjutnya siapa yang engkau benci???"
"orang yang bersyukur."
"apa tanda kesyukurannya??"
"ia mengambil kekayaan dari tempatnya dan mengeluarkan juga dari tempatnya.."

AMALAN YANG MENYAKITI IBLIS...
Rasulullah SAW kemudiannya bertanya apa perasaan iblis ketika melihat umat baginda hendak mendirikan solat..
"aku akan gementar dan seram sejuk.."
"kenapa??"tanya rasulullah..
"sebab,setiap seorang hamba yang bersujud setiap kali kepada Allah,maka Allah akan mengangkat satu darjat.."
"Jika seorangku umatku berpuasa??"
"tubuhku akan terasa terikat.."
"Jika ia menunaikan fardu Haji??"
"aku seperti orang gila.."
"jika ia membacaa Al-quran ??
"aku merasa meleleh laksana timah di atas api.."
"jika ia bersedekah??"
"laksana orang itu membelah tubuhku dengan gergaji.."
"mengapa jadi begitu??"
"sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan keuntungan baginya iaitu keberkatan hartanya,hidupnya disukai,sedekah itu kelak akan menjadi hijjab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau daripada dirinya.."
"apa yang dapat memukul kepalamu??"
"orang yang solat berjemaah.."
"apa yang paling mengganggumu??"
"majlis para ulama'..."
"Bagaimana cara makanmu??"
"dengan tanggan kiri dan jariku.."
"dimanakah kau menaungi(meletakkan)anak-anakmu pada musim panas????"
"dibawah kuku manusia..."

MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS...
Rasulullah SAW kemudian bertanya kepada iblis siapa yang menjadi TEMAN-TEMANNYA aaa...lalu iblis menjawab:
"PEMAKAN RIBA'.."
"siapa SAHABAT KARIBMU????"
"ORANG YANG MELAKUKAN ZINA.."
"siapa TEMAN TIDURMU???"
"PEMABUK.."
"siapa UTUSANMU???"
"TUKANG SIHIR.."
"apa yang buat kamu GEMBIRA???"
"ORANG YANG BERSUMPAH DAN BERCERAI..."
"siapa KEKASIHMU??
"ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT..."
"siapa manusia YANG MEMBAHAGIAKANMU???"
"ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA...."
Demikianlah sebahagian daripada dialog Nabi Muhammad dengan Iblis yang boleh dijadikan iktibar,pedoman dan renungan kita semua....

Wednesday, 15 June 2011

Syurga dan Wanita...


by Umamah...

Apa sudah jadi dengan wanita Islam mutakhir ini?????Adakah mereka akan kembali seperti zaman sebelum Islam seperti suka mempamerkan kecantikan,jahil dengan maksiat,naif,suka mempamerkan pakaian bagaikan barangan yang tidak laku.
Wanita Muslimah sejati seharusnya menghindarkan perkara itu...
Kita mahu wanita Muslimah yang sentiasa memelihara dan meningkatkan kuaiti moral dengan nilai-nilai agama,bahkan mereka hidup atas nama Islam yang menjadikan mereka lebih bernilai dari segi segala-galanya.Hebatnya wanita,hingga kan dikatakan 'syurga terletak di bawah telapak kaki ibu'.Ertinya seorang anak tidak akan mencium bau syurga jika drhaka kepada ibunya.
Bagaimanapun hebatnya musuh Islam menggunakan pelbagai tipu muslihat menyebabkan wanita solehah semakin berkurangan apabila masing-masing tergoda dengan pelbagai gaya dan fesyen.Makin ramai wanita Islam yang suka berpakaian mendedahkan sehingga menampakkan susuk tubuh yang sepatutnya dirahsiakan.Masya Allah.Mereka lupa bahawa menutup aurat adalah suatu tuntutan dalam islam....
Allah berfirman,"dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya,memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya),kecuali yang biasa terlihat..Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya)kecuali kepada suaminya,atau adik beradik,atau adik beradik lelakinya,atau para perempuan(sesama islam),atau hamba sahayanya,para lelaki(tua)yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan,atau kanak-kanak yang belum kenal erti aurat perempuan.Dan janganlah mereka(perempuan)menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan mereka sembunyi.Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah ,Wahai orang-orang beriman,agar kamu beruntung."-an-Nur:31
Juga adalah firman Allah"....dan janganlah kamu berhias dan(bertingkah laku)seperti orang-orang Jahiliah dahulu..."-al-Ahzab:33...
Daripada Abu Hurairah r.a,katanya,Rasulullah bersabda ,
"Dua kelompok daripada penghuni neraka yang aku tidak pernah melihatnya(sesama hidupku):kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya.Yang kedua adalah wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian ,perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya seumpama bonggol unta .Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga ...
Ketahuilah bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak yang begini dan begini"-Hadith riwayat Muslim...

Semoga para-para wanita dapat menggambil iktibar dari kisah ini...dan jangan lah terpedaya kepada fesyen zaman sekarang....ingatlah orang yang akan ditanya dahulu semasa di akhirat ialah pereka fesyen...ingat pereka fesyen yang mendedah kan aurat dan menampakkan tubuh badan ialah akan membawa kita kepada dosa besar...

dari buku rujuukkan MILENIA...

Monday, 13 June 2011

Anjing-anjing neraka

Anjing-anjing neraka
Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan : Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin. · Bacalah Al-Quran · Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. · Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. · Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. · Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. · Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. · Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. · Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. · Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain." Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya." Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t."