the best arabic songs

Monday, 13 June 2011

Kelebihan Surah Al-Kahfi



Daripada al-Barra ra katanya: Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi, tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan, lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran”. (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi) Dalam surah al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as serta kisah Dzulkarnain dan Ya’juj dan Ma’juj. Dalam beberapa hadis, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai hari akhirat, sepertimana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa as yang banyak belajar daripada Nabi Khidir as dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain, yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surah ini dibaca secara keseluruhannya, akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang dilalui pada tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan Nabi Isa as sebelum kemunculan hari kiamat.

Air Mata Taubat


Diriwayatkan, Rasulullah SAW telah bertemu dengan umat baginda. Maka dipeluk dan diciumnya seluruh umatnya dengan kasih sayang kerinduan bagaikan seorang ayah yang baru bertemu dengan anaknya kerana terpisah lama. Tetapi ada satu kelompok dari umat baginda yang terpisah dari Rasulullah SAW oleh satu benteng api. Datang Jibrail menemui Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibrail : Rasulullah SAW : Mengapa aku dihalang oleh benteng api ini dari menemui umat ku ? Jibrail : Mereka adalah umat mu yang engkar kepada titah perintah Allah. Mereka melakukan maksiat dan kemungkaran sepanjang kehidupan mereka. Maka Allah jadikan benteng api ini sebagai pemisah antara diri mu dan mereka. Maka Rasulullah SAW berdoa kepada Allah agar dipadamkan benteng api tersebut. Malangnya benteng api tersebut semakin marak dan berkobar2. Rasulullah SAW berdoa dengan berwasilahkan keberkatan solat agar dipadamkan benteng api, namun apinya semakin marak. Rasulullah SAW berdoa pula dengan berwasilahkan keberkatan puasa, namun usaha baginda masih gagal. Lantas Rasulullah SAW terus berdoa dengan berwasilahkan keberkatan Al Quran, Zakat, sedekah, zikir dan lain-lain amal ibadah yang dilakukan umatnya. Namun hasil usaha baginda masih gagal. Maka datanglah Jibrail membawa segelas air, lalu berkata kepada Rasulullah SAW : Jibrail : Wahai Rasulullah, gunakanlah segelas air ini untuk memadamkan benteng api tersebut. Rasulullah SAW : Wahai Jibrail, mana mungkin segelas air mampu memadamkan benteng api yang marak dan berkobar2. Jibrail : Gunakanlah segelas air ni wahai Rasulullah, kerana ini adalah perintah Tuhan mu yang juga Tuhan kepada sekelian alam. Setelah mendengar kata2 Jibrail, Rasulullah SAW terus mencapai air tersebut dan menyiramkannya kepada api yang marak. Sekelip mata, benteng api tersebut terpadam. Tiada lagi rintangan yang menghalang Rasulullah SAW bertemu dengan umatnya. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibrail : Rasulullah SAW : Wahai Jibrail, air apakah ini ? Begitu hebat kerana ia mampu memadamkan benteng api yang marak ? Jibrail : Wahai Rasulullah, itulah air mata taubat umat mu. HANYA air mata taubat yang mampu memadamkan api neraka. Muhasabah diri

Roh Harum Dan Roh Busuk


Kategori : AKIDAH Akhla Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad :”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit “ Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.” Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” Kata Abu Hurairah selanjutnya:” Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” (Muslim) Huraian Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50). Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.
Sumber :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Menghormati bapa



Kategori : AKIDAH Akhlak Hadith : DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.” Riwayat Muslim Huraian 1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa. 2. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak. 3. Oleh itu bagi mendapatkan anak-anak yang baik, ibu bapa hendaklah terlebih dahulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak-anak. Apabila anak-anak yang soleh ini dapat dibentuk, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga. Masing-masing akan saling sayang menyayangi antara satu dengan lain. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saturday, 11 June 2011

ASSALAMUALAIKUM.....CUTI DAH HABISH...

Cuti sekolah macam tak ade je....kejap naw...naw(kate orang melaka...huhuhu)....
alahai dah nak masuk sekolah...tapi tak ape...aku makin bersemangat ni...huhuhu....
Insya Allah...aku nk berazam baru ni...aku ingat nak berazam belajar betol-betol...
aku kene dapat kan SMA MUMTAZ....SMA penting woi....sebab SMA yg boleh tentu kan antara boleh masuk STAM ke x........adush....Insya Allah....
ya Allah buang la segala malas belajar dan malas beribadah kepada mu....biar la aku rajin beribadah(solat sunat)...
sebelum aku nak pekse ...nt raye aku kena mnx maaf pade semua orang...maklum la dah nak pekse....lg pulak nk hafal semua hadis2 n ayat suci al-quran...adush...hati mesti la kene suci gak...insya Allah...aku xnk bka FB slme ......tah le....nt kalau ustaz2 dah bagi ape yg kena hafal bru aku xon9....insya Allah....:) xleh dh nk mkn masam2...hihihi...xpola...samat tinggal assam...

Thursday, 9 June 2011

Auratmu BUKAN auratku tapi DOSA itu kongsi dengan aku...

As salam u.. Maaf la ganggu u. I tulis surat pelik ni pun sebab ada hal penting ni nak beritahu u. Jangan risau..surat ni tak panjang tapi boleh la nak sampaikan apa yang terbuku di hati i..(ouch..ayat xleh bla..hee) I lepak kat Mall sepanjang hari ni..orang takde kerja macam I ni memang kadang-kadang buat kerja gila macam tu. Tapi tak berapa nak gila la sebab i cuma duduk je kat situ. I tak terkinja-kinja melompat-lompat tergedik-gedik depan aweks yang hot-hot bagi member-member i. Kat dunia ni memang la u & kawan-kawan u nampak hot depan we all yang bukan suami or adik or abang u all. Tapi kat akhirat nanti, I harap u all yang hot-hot ni tak menyesal atas perbuatan u all. Biar cool di dunia, jangan hot di akhirat. FAHAM KAN maksud i? I asyik perhatikan orang je…style u all tutup aurat u all yang memang Allah dah tetapkan untuk ditutup & hanya untuk tatapan muhrim u all memang PELIK la…seriously I SWEAR totally PELIK! I hormat u all yang baru nak belajar pakai tudung at least u all sedar juga tuntutan atas u all tu kan. TAPI I nak share juga something yang pelik di pandangan mata I. JAP! Ini bukan nak menjatuhkan semangat u all nak berubah jadi ‘baik’ cuma nak u all BUKA mata sikit, LAPANG dada sikit, TENANG jiwa sikit dengan apa y I nak sampaikan ni..
1. tutup aurat biar dengan pakaian LONGGAR I hormat la kat u all yang memang pakai longgar-longgar ni.


TAPI I pelik la kenapa tudung je yang longgar??? Sampai dah boleh tutup mata dah longgarnya tu. I nak kata “maybe diorang ni nak pakai purdah kot..” pun tak boleh sebab purdah tutup mulut & hidung..kan? (correct me if I’m wrong k.. :D ) OK..tak kisahlah tudung u all tu longgar, tapi kenapa BAJU sangat FIT sampai boleh nampak kesan baju u yang ‘tuuut’ tu??? I cadangkan tudung u yang asyik melilit-lilit 5 6 kali kat kepala & leher tu labuhkan sikit supaya tutup bahagian dada. I bagi cadangan je, tak nak terima takpe coz I tau u all ni semua jenis yang tahu pakai tudung, that’s why boleh duk lilit banyak-banyak kali kain tu kat kepala. "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka ataubapa mereka ataubapa mertua mereka atauanak-anak mereka, atauanak-anak tiri mereka atausaudara-saudara mereka atauanak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atauanak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atauperempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atauorang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuankanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah an-Nur : Ayat 31) KALAU u all baca dalil ni, I tak rasa yang kebanyakan lelaki kat MALL tu bapak, adik, abang, or seangkatan dengannya pada u kan? SO kenapa ye boleh dedahkan pada we all yang lelaki ni? PITY US! Huu
2. tak perlu BERLEBIHAN. OK..gurlz, sanggul u all tu tak perlu nak tinggi SANGAT lah kan ,,,mcm TEBUAN nye SARANG pn ade…sangat pelik la! :D
sama je semua rambut juga kan? "Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).
3. tak perlu VOGUE sangat. I tengok lately ni u all pakai tudung mesti ada hiasan tambahan. Hiasan tu pastinya yang menarik perhatian dah nama pun perHIASan kan? U all akan letak kerongsang yang berantai panjang tu di atas sanggul.
Tak cukup dengan itu u all akan letak hiasan tu atas kepala dan terjuntai di dahi u all macam ‘hindustan style’. SENANG CERITA banyak lagi lah cara penutupan aurat u all yang I duk perhatikan je. BUKAN sengaja tengok. Dah u pakai semua tu memang nak tunjuk kat boys macam we all ni kan? Mesti u all nak cakap “kalau xsuka tak payahlah sibuk nak tengok” Meh sini I nak balas statement pedas u all tu. We all the boys memang kalau boleh tak nak tengok. TAPI kalau dah bersepah versi u all kat seluruh alam ni, mana nak letak bebolah mata we all ni? Dalam kocek u all ke? PEACE! :D SEBENARNYA lah kan. Islam itu mudah, simple, cantik, indah. Tuntutan yang mudah iaitu menutup aurat agar u all nampak cantik. Biar simple tapi indah. I tak KISAH la macam mana sekalipun cara u all nak belit-belit tudung tapi yang perlu ditutup mesti ditutup. Kalau belit 7 8 kali pun tapi bahagian dada masih terdedah, its NO USE la dear. Ada hikmah tau bila Allah suruh tutup bahagian dada. Nak ke we all yang nakal-nakal ni tengok je u all punya tu n ‘labelkan’??eeuuu…I pun xsanggup la der~ Bila we all yang nakal-nakal ni da mula gersang tengok u all punya tu, u all nak bertanggungjawab ke kalau-kalau ada antara we all yang buat benda tak senonoh untuk puaskan nafsu masing-masing??? I tak KISAH la apa sekalipun jenama jeans, seluar, skirt yang u all nak pakai tapi yang ditutup mestilah ditutup dengan betul. I ulang ye statement tutup dengan betul. Kalau u all pakai seluar panjang sekalipun tapi fit sampai we all boleh nampak bentuk peha u all tu dan kira berapa lapis lipatan lemak u all tu, its NO USE la dear. TAPI kena ingat, menutup aurat bukan hanya menekankan isu pemakaian je tau. Ianya juga melibatkan isu akhlak. Jika u all tutup aurat tapi perangai masih seperti orang yang tidak menutup aurat, tak berbaloi. I tau u all mesti nak cakap I ni boy yang tak advance langsung kan? Macam KOLOT..hehe terpulang pada u all la. Yang penting I dah sampaikan pada u all apa yang I nak sampaikan. Kalau rasa PEDAS, minum air..minum air tu maksudnya buat perubahan. Biar perubahan itu sedikit tapi berterusan. Biar nampak hipokrit di hadapan manusia, asalkan Allah tahu niat kita ikhlas berubah kerana-Nya. JIka perubahan itu seikhlas hati kerana Allah, insyaAllah dipermudahkan urusanmu. Segala yang susah akan dapat dihadapi dengan mudah, jika terasa lemah kita akan dapat rasa semua itu kerana Allah..wahhh..I tak sangka I akan ucap ayat ni..hehe “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan, dan takwa ialah sebaik-baik pakaian untukmu”(Al-Araf : 27) Pandai-pandai la u all fikir guna otak & AKAL yang ALLAH bagi kat u all tu ye. Wallahu’alam~

Wednesday, 8 June 2011

QaLbi NaDak: KEADAAN DI NERAKA!!!!!!

QaLbi NaDak: KEADAAN DI NERAKA!!!!!!: "Diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khatab r.a. bahawa Jibril telah datang berjumpa Rasulullah SAW bukan di waktu ia selalu datang. Rasulull..."